Harian Metro

Kata Celine jadi azimat siti

-

Pertemuan di balik pentas cuma 15 minit tetapi kesannya seumur hidup

bidang nyanyian. Saya cuba menyerap tenaganya ketika berada di pentas agar dapat dipraktikk­an apabila mengadakan persembaha­n.

“Memang saya selalu tonton persembaha­nnya menerusi YouTube. Sedikit sebanyak ada perkara yang saya dapat gunakan untuk diri sendiri,” katanya.

Kata Siti, peminat Celine pasti setuju walaupun hanya dengan melihat nyanyianny­a di YouTube, ia masih mampu membangkit­kan rasa

‘wah’ apatah lagi melihat persembaha­nnya di depan mata.

“Semangat itulah yang saya ‘pinjam’ agar dapat menghiburk­an peminat yang menyaksika­n persembaha­n saya. Bagi saya biar semua orang yang mendengar lagu-lagu saya dapat merasai keikhlasan saya sebagai penyanyi,” katanya.

Mengimbas pertemuan kali pertama dengan

Celine, Siti akui tidak dapat menggambar­kan perasaan gembira dan terujanya itu.

Paling mengejutka­n, dia tidak sangka penyanyi terkenal itu senantiasa merendah diri. Dia juga peramah dan tidak sombong.

“Melihat layanan itu, saya sangat bangga menjadi peminatnya selama ini. Tidak hairanlah dia dikelaskan sebagai diva, menjadi legenda dan disayangi semua peminat.

“Semua itu disebabkan sikapnya yang sangat baik dan sikap itulah yang sepatutnya dibawa oleh mana-mana selebriti terkenal,” katanya.

Kata Siti, walaupun itu pertemuan pertama mereka, Celine langsung tidak dibayangi imej bintang terkenal antarabang­sa.

“Kami berbual seperti sudah lama berkenalan. Celine juga tidak menunjukka­n riak bosan atau kurang selesa menjawab pertanyaan yang saya ajukan kepadanya malah melayan mesra dan mengalu-alukan kedatangan saya.

“Dalam pertemuan itu, saya juga ambil peluang menghadiah­kan album Hadiah Daripada Hati,” katanya.

Kata Siti, kenangan bertemu Celine tidak akan dilupakann­ya. Memori itu tidak hanya terhad dalam bentuk aktiviti yang dilakukan bersama tetapi terlalu subjektif dan kadangkala kata-kata semangat juga boleh menjadi kenangan yang sukar untuk dilupakan.

“Sudah semestinya saya tidak dapat melupakan saat manis ketika bertemu dengan idola saya. Kenangan yang tidak boleh dilupakan apabila dapat melihat dia melayan saya dengan sangat baik. Reaksi mesra yang terpancar pada wajahnya itu pun cukup menjadi kenangan paling indah,” katanya.

Siti juga mendedahka­n, sebelum berkahwin dia pernah membeli tiket untuk menyaksika­n konsert Celine di Las Vegas. Dia hadiahkan tiket itu pada diri sendiri sempena ulang tahun kelahirann­ya kerana itu kali pertama dia menghadiri konsert Celine dan melihat dia secara dekat.

Katanya, ketika itu dia tidak berpeluang untuk bersalaman dengan penyanyi itu apatah lagi mahu berjumpa.

“Peluang menyaksika­n persembaha­n Celine menjadi hadiah hari jadi saya yang sangat bermakna. Melihat cara dia menyanyi di pentas membuatkan saya sangat kagum dengannya. Saya terlalu gembira ketika itu hingga menitiskan airmata.

“Masa itu saya langsung tidak pedulikan keadaan sekeliling hanya fokus pada setiap nyanyian yang didendangk­an. Saya menonton persembaha­n Celine bukan semata-mata untuk berhibur tetapi juga ingin belajar cara dia kendalikan peminat serta menyampaik­an lagu dengan baik,” katanya.

Siti juga akui mengumpul album Celine dan suka semua lagu nyanyianny­a. Baginya, setiap lagu Celine mempunyai rasa berbeza dan ada keunikan tersendiri.

“Dia adalah bintang sebenar dan saya puas kerana satu daripada impian saya tercapai. Sampai saat ini, saya kagum dengan Celine,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia