Harian Metro

‘saya tak mahu nafi atau sahkan’

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Pablo anggap ada orang dengki, enggan layan isu foto bogel

Minggu lalu, industri hiburan gempar dengan foto bogel dipercayai pelakon Pablo Amirul yang mula disebarkan individu tidak bertanggun­gjawab di laman blog Tumbler.

Isu itu turut dipaparkan dalam ruangan Cik Pang minggu lalu, Bogel Raih Publisiti? tetapi tidak menyebut nama pelakon dimaksudka­n.

Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 31, akui terkejut apabila ramai bertanya perkara itu kepadanya tetapi atas nasihat rakan dalam industri, dia berjaya atasi rasa sedih, marah dan kecewa.

Pelakon filem Polis

Evo itu berkata, ramai menasihatk­annya untuk atasi sikap negatif dari semasa ke semasa.

“Kebetulan sehari selepas berita itu tersebar, saya ke China untuk menghadiri Festival Filem Asia Pasifik, jadi dapatlah tenangkan fikiran seketika.

“Sebaik saja pulang dari sana, saya dah okey. Malah saya jadi lebih tabah dan kuat serta dapat fahami dunia industri dengan lebih baik,” katanya.

Apabila isu ini berlaku, Pablo melihat ia sebagai peringatan kepadanya pada masa depan.

Katanya, dia terlepas pandang yang dia ‘public figure’ dan hal seperti ini pasti berlaku kepada sesiapa saja.

“Keluarga juga terkejut tapi masih bersikap positif dan mendoakan yang terbaik supaya saya tabah menghadapi dugaan yang baru berlaku.

“Selepas pulang dari China, mereka tidak bertanya pasal isu itu sebaliknya cuba positif dengan bertanya mengenai pengalaman dan perkembang­an sepanjang aktiviti di sana.

“Saya bersyukur sebab keluarga amat memahami perasaan dan tekanan yang saya alami waktu itu,” katanya.

Pelakon kelahiran Kelantan itu tegas menyatakan mentalnya masih kukuh dan berdiri teguh sebagai anak seni.

Malah beranggapa­n sebagai anak seni, hasad dengki, sifat cemburu memang tidak boleh lari daripada mereka yang mungkin kurang senang dengannya.

Bagaimanap­un Pablo menafikan sengaja menarik perhatian dengan isu itu. Tegasnya, dia bukan jenis yang suka ‘highlight’ diri sendiri kecuali jika ada produk.

Katanya, sedari penampilan awal sebagai pelakon tambahan, dia tidak pernah terfikir untuk memanipula­si keadaan dan dia sedar sikapnya masih kekal merendah diri sehingga kini.

“Saya sedar bukan pelakon popular yang perlu didengki oleh sesiapa pun. Apa pun, saya tidak akan buat serangan balas dan lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri. Biarkan! Tapi masa sama, saya ambil dari sudut positif,” katanya.

Pablo akui tidak pernah menerima tamparan kontrovers­i dan inilah kali pertama. Dia juga akui tidak mahu membuat laporan polis walaupun ada pihak yang tawarkan khidmat nasihat untuk membawa isu ini ke muka pengadilan.

Katanya, dia melihat pada situasi yang dianggap masih boleh dibendung dan mahu fokus pada kerjayanya yang sedang rancak.

“Saya masih waras dan mahu mencari ketenangan malah berjanji untuk menanganin­ya dengan baik. Apa yang mampu saya lakukan masa ini ialah lebih berhati-hati untuk berkawan dengan orang luar yang mungkin kurang senang dengan saya.

“Saya juga harus berhati-hati dengan siapa saya bersembang dan berkongsi kisah hati. Memang ramai yang suka ambil kesempatan dan mencari rakan yang ikhlas berkawan sangat susah. Masa ini saya akan kekalkan momentum persahabat­an dengan semua pihak seperti biasa,” katanya.

Pablo juga akui namanya dengan produksi tempatan sedia ada tidak busuk dan isu itu tidak membantutk­an perkembang­an kerjayanya. Mulai esok dia akan sibuk dengan penggambar­an program baru, Hanya Di Sini 3

Hari 2 Malam sebagai pengacara. Dia juga bakal membintang­i filem aksi terbaru terbitan Astro Shaw dan Red Film tahun depan.

Katanya, dia juga tidak membataska­n aktiviti hariannya kerana kontrovers­i itu dan aktiviti luar bersama rakan-rakan masih dilakukan seperti biasa.

“Untuk apa lari kerana tatkala masuk ke dalam industri hiburan, saya kena bersedia dengan apa saja yang berlaku. Saya tidak mahu nafikan atau mengesahka­n apa yang berlaku kepada saya tempoh hari.

“Tapi saya nak tengok sejauh mana ia mempengaru­hi kehidupan saya dan bersyukur saya masih boleh bekerja dan beriadah.

“Bukan tidak mahu ambil peduli apa orang kata, saya rasa ada hak untuk beri ruang kerjasama. Tak guna saya nafikan sekerasker­asnya. Bila cakap sikit orang manipulasi, jadi biarlah Tuhan yang tentukan.

“Paling penting, saya dapat sokongan daripada rakan dan keluarga.

Itu lebih penting buat saya pada masa ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia