Harian Metro

Anas kini jelas hala tuju

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Lima tahun berusaha, akhirnya pelakon dan pengacara Anas Ridzuan, 27, mengakui dia kini makin jelas dengan hala tujunya.

Pernah menjadi anak didik penyanyi Faizal Tahir dalam program Mentor musim keenam pada 2012, dia kini memilih aktif berlakon dan mengacara.

Katanya, karier seninya kini makin stabil dan apa yang pasti segala impiannya selama ini menjadi kenyataan.

“Ketika menyertai Mentor dulu, niat saya hanya mahu menjadikan pentas itu sebagai platform menyerlahk­an bakat sebagai pelakon.

“Syukur alhamdulil­lah, sekarang apa yang pernah saya impikan itu sudah dimiliki. Bakat lakonan saya pun nampaknya ada ruang untuk menyerlah.

“Selain berlakon, saya juga selesa mengembang­kan bakat dalam bidang pengacaraa­n,” katanya.

Anas yang kini mengacarak­an program Jalan Jalan Makan Angin (JJMA) siaran TV3 berganding dengan pelakon Nadzmi Adhwa, sedikit pun tidak ralat apabila bakat nyanyianny­a dilihat seakan tenggelam.

Katanya, dia lebih seronok berlakon dan mengacara. Dia juga baru selesai penggambar­an filem Busker terbitan Astro Shaw di Johor Bahru.

“Saya tertarik dengan filem arahan Kye Fariz itu, ia agak dekat dengan diri saya kerana dulu pun pernah aktif jadi busker. Secara tidak langsung, dapatlah mengimbau semula kenangan lalu.

“Meskipun hanya berlakon watak pembantu, apa yang paling diutamakan ialah kehendak karakter. Saya suka mencuba dan akan berusaha memberi yang terbaik setiap karakter dilakonkan biarpun watak pembantu,” katanya.

Filem ini diterajui pelakon baru, Hafeez Mikail dan Daiyan Trisha untuk watak utama di samping kemunculan MonoloQue.

Anas akui puas apabila watak dilakonkan mampu dipersemba­hkan dengan baik untuk tatapan penonton.

Dia juga terbabit dengan teater Hotel KelipKelip yang dipentaska­n di Pulau Pinang. Teater istimewa itu dipentaska­n dengan kerjasama satu kumpulan anak yatim di negeri itu selama dua hari yang berakhir hari ini.

Tak Pernah Halang

Minat Isteri

Baru menamatkan zaman bujang pada 22 Oktober lalu, nyata jodoh Anas dengan bekas bintang Mentor 6 juga, Ana

Sikit pun tak ralat lebih menonjol sebagai pengacara dan pelakon

berbanding penyanyi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia