Harian Metro

Kenangan Krismas Alvin, Reshma

-

Krismas yang diraikan mereka beragama Kristian setiap 25 Disember mempunyai makna dan kenangan tersendiri buat Alvin dan Reshma.

Untuk fotografi eksklusif sempena Krismas ini, Selebriti Metro Ahad memilih Hotel Parkroyal Kuala Lumpur sebagai lokasi.

Kebetulan beberapa bahagian dalam hotel dipenuhi dekorasi indah replika pokok Krismas, kereta salji dan rusa, menjadikan fotografi lebih menarik.

Kata Alvin, walaupun tidak meraikan Krismas, baginya ia adalah masa untuk bersama rakan-rakan. Ia menjadi meriah apabila mereka bertukar-tukar hadiah.

“Nilai bukan ukuran tetapi lebih pada mengeratka­n persahabat­an dan kenangan manis. Selalunya kami akan tetapkan nilai hadiah barang yang akan dibeli.

“Saya pernah belikan kad Starbucks berharga RM30 sebagai hadiah dan pernah menerima hadiah berupa seluar dalam daripada rakan-rakan!

“Hadiah yang selalu dibeli pula pada harga berpatutan dan bersifat ‘uniseks’ agar ia sesuai dengan semua orang,” katanya.

Selain acara bertukar-tukar hadiah, Alvin dan kawankawan­nya juga akan mencari satu hari bersesuaia­n dengan jadual masing-masing untuk makan malam bersama-sama.

Bagaimanap­un, kata Alvin, aktiviti itu sukar dilakukan pada masa ini kerana kebanyakan rakannya sudah mendirikan rumah tangga. Malah ada antara mereka sudah berpindah ke luar negara atas tuntutan kerja.

“Kalau diimbas kembali zaman kolej, saya pernah menyertai kumpulan koir bersama rakanrakan untuk buat persembaha­n sempena Krismas.

“Saya dan keluarga juga pernah bercuti di Singapura semata-mata untuk menyaksika­n sambutan Krismas di negara jiran,” katanya.

Krimas bagi Alvin sama seperti Tahun Baru Cina, iaitu ia saat keluarga dan rakan-rakan dapat berkumpul bersama-sama sambil bertanya khabar antara satu sama lain.

“Kebetulan keluarga saya menetap di Georgetown, Pulau Pinang dan ia lebih terasa apabila dapat pulang menyambut perayaan bersama mereka di sana.

“Bagaimanap­un, tahun ini saya tidak dapat pulang sempena cuti Krismas,” katanya.

Hal hampir sama dikongsi Reshma atau Kareshma Martin John Patrick yang melihat sambutan Krismas sebagai hari untuk menyambutn­ya dengan ahli keluarga.

Katanya, pada hari itu saudaramar­a dari Singapura, Australia dan Amerika Syarikat selalunya akan pulang ke Malaysia. Masa itulah dia sekeluarga mengambil peluang menziarah ahli keluarga lain.

“Detik paling menyentuh perasaan adalah tepat jam 12 tengah malam apabila kami bersalaman, berpeluk dan mengucapka­n selamat hari Krismas kepada semua yang ada di situ.

“Suasana meriah itu menjadi amalan kami sekeluarga sejak pulang ke tanah air selepas menetap di New Zealand,” katanya.

Kenangan paling indah buat gadis kelahiran Klang, Selangor itu ialah apabila menerima hadiah iPad daripada ibu bapanya ketika usianya 15 tahun.

Katanya, waktu itu rakanrakan di sekolah sering ‘menunjuk-nunjuk’ gajet yang mereka ada dan ia pernah membuatkan dirinya sedih.

Namun disebabkan faham keadaan ekonomi keluargany­a yang tidak mengizinka­n, dia hanya menyimpan hasrat untuk memiliki gajet yang dianggap mahal.

“Pada sambutan Krismas tahun itu, saya terkejut dihadiahka­n iPad. Saya tahu mereka bersusah payah mengeluark­an wang membeli hadiah itu dan ia membuatkan saya rasa terharu dan masih menggunaka­nnya sehingga kini,” katanya.

Bagi membalas budi ibu bapanya, Reshma gembira dapat membelikan hadiah untuk mereka pada Krismas kali ini menggunaka­n hadiah kemenangan­nya di AF2016.

Pada AF2016, dia menerima hadiah wang berjumlah RM15,000 dan kredit membelibel­ah berjumlah RM3,000.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia