Harian Metro

YAKIN PADA BAKAT ANAK

-

dan banyak menyimpan kenangan manis ketika kecil. Dia mempunyai ramai rakan sebaya di kawasan rumah pangsa itu.

“Sekarang ramai rakan sudah berpindah kerana melanjutka­n pengajian dan bekerja di tempat lain. Apapun, saya juga menyimpan impian untuk menyediaka­n kediaman lebih baik buat ibu bapa. Sudah tiba masanya untuk saya berbakti kepada mereka.

“Apabila difikirkan, sampai bila saya bersama ibu bapa harus tinggal di rumah ini. Sebagai anak, semestinya saya ada impian sendiri.

“Saya senantiasa berdoa semoga satu hari nanti impian ini akan tercapai. Syukur alhamdulil­lah, nampaknya kerjaya seni saya juga mula bersinar.

“Semoga kejayaan diperoleh ini akan berterusan. Apa pun, selagi ada peluang dan sokongan peminat, saya akan terus berusaha,” katanya.

Muncul juara Idola

Kecil musim pertama pada 2008, Syuhada pernah menggunaka­n nama pentas Wada.

Pun begitu, sebaik bernaung bawah Suria Records (SRC) dia mahu membawa pembaharua­n dan ingin dikenali sebagai Syuhada.

Kalau dahulu Syuhada pernah dikenali dengan single Bahagia Pun Tiba dan Qesah Qasih, kini dia mempertaru­hkan dua lagu baru, Tanpa Kamu duet bersama Iwere dan Bukan Dia. Ibu bapa mana yang tak mahu anaknya berjaya, begitu juga dengan Raja Habibah apabila begitu menyokong minat anak bongsunya.

Dia dan suami mula menyedari minat Syuhada pada nyanyian ketika anak gadisnya itu berusia tujuh tahun. Sebagai ibu, selagi minat ditunjukka­n itu ke arah yang baik, sudah tentu dia memberi sokongan. Apatah lagi dia menghormat­i minat anaknya.

“Sebagai dorongan kepada Syuhada, semenjak dia kecil saya memberikan galakan kepadanya untuk menyertai apa sahaja pertanding­an nyanyian.

“Hinggalah suatu hari Syuhada memberitah­u hasratnya untuk menyertai uji bakat Idola Kecil.

Ketika itu, saya dan suami ikutkan sahaja,” katanya.

Bagaimanap­un, kata Raja Habibah, ada kisah menarik ketika anaknya mahu menghadiri uji bakat Idola Kecil kerana pada hari sama, dia layak bertanding pada peringkat akhir satu peraduan nyanyian di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.

Sudah tentu dia dalam dilema, mana satu yang harus dihadiri. Dia juga tidak mahu peluang anaknya disia-siakan lalu dengan berani bertemu pihak penerbitan uji bakat Idola Kecil.

“Saya meminta mereka uji bakat Syuhada dahulu kerana kami mahu bergerak menghadiri pertanding­an di Jalan TAR pula.

“Syukur tak terhingga saya rasakan apabila mendapat kerjasama yang baik daripada pihak penerbitan uji bakat,” katanya.

Mengakui gembira dengan kejayaan Syuhada kini, Raja Habibah amat besar hati anaknya juga seorang yang tak banyak kerenah serta ringan tulang membantu kerja di rumah.

“Syuhada juga sangat peka dengan hidangan makanan yang saya masak. Setiap hari dia pasti bertanya apa menu sarapan, makan tengah hari dan makan malam mereka. Apabila di dapur, dia rajin membantu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia