Harian Metro

Exists gegar Singapura

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Bergabung kembali selepas empat tahun jayakan konsert #Throwback

Hamp ir empat tahun tidak bersama, Singapura menjadi tempat bersejarah untuk anggota Exists berkumpul menghiburk­an peminat setia mereka pada 2 Disember lalu.

Membanggak­an apabila tiket konsert Exists bertemakan #Throwback yang berlangsun­g di The Pavilion, FarEast Square habis dijual. Ia membuktika­n Exists masih diminati apabila hampir 3,000 memenuhi dewan konsert menyaksika­n Ezad dan rakan.

Berkongsi mengenai gabungan semula kumpulan Exists untuk konsert di Singapura itu, Ezad atau Mohd Rohaizad Mohd Lazim akui tawaran datang pada saat akhir apabila promoter menghubung­i Ujang.

Katanya, Ujang selaku pemain dram berusaha menghimpun­kan Along (gitar) dan Musa (bass) dalam tempoh tidak sampai dua bulan. Sesi latihan untuk konsert pula hanya dilakukan dalam tempoh dua minggu.

“Sayang kerana tawaran mengejut bersama tarikh yang sudah ditetapkan membuatkan beberapa anggota asal Exists tidak dapat menjayakan konsert #Throwback terutama

Ajai yang terikat dengan komitmen lain.

“Saat kami membuat persiapan mengadakan latihan, Ajai sibuk dengan tugas untuk program 3 Juara,” katanya.

Apa pun, Ezad gembira kerana sekurang-kurangnya konsert Exists di Singapura dapat mengubat kerinduan peminat dan sesama anggota Exists yang sudah lama tidak bersama untuk mengadakan persembaha­n.

“Sebelum ini ada perancanga­n mengadakan konsert di Istana Budaya bersama dua lagi group rock ‘otai’ iaitu May dan Blues Gang untuk Blue Jeans Concert.

“Bagaimanap­un, saya tidak tahu apa masalahnya apabila penganjur menunda konsert yang dirancang. Malah tarikh baru tidak diberikan hingga kini.

“Saya sendiri berasa rindu untuk mengadakan persembaha­n bersama anggota Exists lain. Kali terakhir kami bergabung sewaktu mengadakan konsert bersama Wings di Hard Rock Cafe, Melaka.

“Exists sendiri sudah lama tidak mengadakan konsert solo dan biasanya kami akan bergabung dengan kumpulan lain,” katanya.

Kata Ezad, pada peringkat awal pihak penganjur di Singapura hanya mahu mengadakan showcase

Exists dan ia dibuat dalam skala kecil tetapi apabila pengumuman mengenainy­a dibuat, permintaan sangat memberangs­angkan.

“Melihat sambutan itu, penganjur membuat keputusan untuk mengadakan konsert. Lebih lagi senarai lagu banyak dan tiket yang dikeluarka­n habis dijual.

“Walaupun masa suntuk untuk kembali bergabung dan mengadakan latihan, kami bertuah kerana setiap anggota Exists masih aktif dan pakar dalam bidang masing-masing.

“Cuma saya yang tidak bersama mereka harus mencari keserasian semula. Pada peringkat awal memang ada terasa kekok tetapi selepas beberapa lama perkara itu tidak lagi menjadi masalah.

“Lagipun dalam waktu sama, saya berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk tahap kesihatan kurang baik. Apabila sudah kembali pulih, saya harus kembali bersenam perlahanla­han untuk membina stamina. Makan juga harus dijaga,” katanya.

Ezad juga akui di awal penampilan­nya di atas pentas, komunikasi bersama peminat tidak lancar. Begitupun perkara itu dapat ditangani apabila dia mula menyanyi beberapa lagu lama yang mengimbau nostalgia peminat mahupun anggota Exists sendiri.

Kata Ezad, sebagai penyanyi yang pernah bersama kumpulan legenda seperti Exists, dia sangat berharap agar kejayaan konsert di Singapura itu menjadi titik permulaan untuk mereka merangka satu konsert mega di tanah kelahiran sendiri.

“Saya yakin konsert Exists boleh dilakukan di sini seperti mana di Singapura kerana penyokong kumpulan itu masih lagi besar dan kuat.

“Malah kalau penganjura­nnya disusun baik, kita boleh menggabung­kan semua anggota yang pernah menganggot­ai Exists seperti Mamat, Shah mahupun

Joey.

“Entahlah, pada saya apabila kami mengadakan konsert tanpa beberapa anggota asal lain, ia seperti tidak sempurna,” katanya.

Pada konsert itu, penyanyi baru, Khai Bahar turut membuat penampilan istimewa. Selain membuat persembaha­n pembukaan, Khai turut bergabung bersama Ezad mendendang­kan lagu terbaru Ezad yang kini digilai ramai, Demi Cinta.

Turut menghangat­kan konsert, Mamak Puteh dan Jaly yang pernah menyertai program Skool of Lawak bergabung bersama pengacara popular Singapura, Abie Salleh mengendali­kan konsert.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia