Harian Metro

HABIS lauk cari bukit

- Yati@hmetro.com.my

Fida anggap aktiviti mendaki senaman paling berkesan kawal berat badan

Pada kala kebanyakan selebriti wanita selesa memilih aktiviti bersenam, zumba dan yoga untuk kekal sihat serta tampil langsing, lain pula cara dilakukan pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim, 30.

Rafidah atau Fida akui kalau dahulu memang bersenam menjadi pilihannya tetapi kini tidak lagi apabila dia lebih seronok terbabit dalam aktiviti mendaki.

Katanya, sudah beberapa bulan dia aktifkan diri dalam aktiviti mendaki air lata, bukit dan gunung secara berpasukan. Ternyata aktiviti lasak ini lebih membantu untuk proses penjagaan kesihatan terutama jika mahu mengurangk­an berat badan.

“Terus terang, sekarang masa hujung minggu saya memang diisi dengan menyertai aktiviti mendaki bersama rakan.

“Pada awal pembabitan dahulu, saya pernah demam selama dua minggu gara-gara baru mencuba tetapi sekarang saya makin seronok dan jadi ketagih dengan aktiviti mendaki. Pantang hujung minggu, pasti ada aktiviti sudah diatur,” katanya.

Fida gembira kerana ada rakan sepasukan yang mengajakny­a menyertai mereka dan dia tidak mahu lepaskan peluang itu.

“Memandangk­an aktiviti mendaki ini masih baharu buat saya, gunung pertama saya tawan ialah Gunung Rajah di Pahang.

“Lokasi lain, Lata Perting di Bentong, Pahang, Lata Makau (Kuala Kubu Bharu, Selangor), Lata Medang (Kuala Kubu Bharu) dan kawasan air terjun Lepoh Hulu Langat,” katanya.

Bagi Fida, aktiviti mendaki ini adalah senaman paling berkesan untuk mengawal berat badan. Tambah pula dengan dirinya yang memang suka makan dan sukar berkata tidak apabila melihat hidangan kesukaanny­a.

“Saya juga kurang minum ais sebaliknya banyakkan minuman panas atau suam setiap hari kerana ia lebih baik untuk badan,” katanya.

Mengenai rahsia penjagaan kulit wajahnya yang mulus dan putih gebu, Fida menggunaka­n produk kecantikan jenama sendiri, R Secrets.

Katanya, untuk kulit wajah dia memang menggunaka­n produk serum antipenuaa­n R Secret sejak hampir setahun lalu dan lebih selesa mengguna pakai produk sendiri kerana lebih berkesan untuk kulit.

“Paling utama, cuci muka setiap hati. Produk cuci muka pilihan saya ialah gel untuk melembapka­n kulit. Turut digunakan juga penyegar kulit, serum termasuk krim siang dan malam.

“Krim siang dan malam perlu dipakai setiap hari kerana kedua-duanya ada fungsi berbeza yang baik untuk penjagaan kulit,” katanya.

Tidak sekadar peka pada penjagaan badan dan kulit,

Fida juga suka bergaya. Walaupun tampil ringkas, gaya tudungnya dipelbagai­kan.

“Dahulu memang saya suka tampil dengan gaya tudung pelbagai setiap kali menghadiri majlis hiburan tetapi kini sudah berubah.

“Sejak menceburi bidang perniagaan dan dunia korporat, saya lebih selesa menggayaka­n tudung bawal satin. Ia lebih mudah, kemas dan ringkas.

“Untuk pakaian pula, saya selesa memastikan ia sesuai dan mengikut tema majlis dihadiri. Untuk kasut, saya lebih gemar memakai but kerana sangat selesa apabila berjalan,” katanya.

Untuk kerjaya seni, fokus Fida kini terarah ke bidang nyanyian dan bakal muncul dengan single baru.

Kali ini, anak jati ibu kota ini muncul secara trio menerusi single Wan Lebor yang dirakam bersama kumpulan The Muffins dan Usop Wilcha.

 ??  ?? PENJAGAAN KESIHATAN
Sertai aktiviti mendaki setiap minggu
Kurangkan minum ais Banyakkan minum air panas dan suam
PENJAGAAN WAJAH
Guna serum antipenuaa­n
Cuci muka guna gel setiap hari
Guna penyegar termasuk krim siang dan malam
GAYA
Tudung bawal...
PENJAGAAN KESIHATAN Sertai aktiviti mendaki setiap minggu Kurangkan minum ais Banyakkan minum air panas dan suam PENJAGAAN WAJAH Guna serum antipenuaa­n Cuci muka guna gel setiap hari Guna penyegar termasuk krim siang dan malam GAYA Tudung bawal...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia