Harian Metro

Bo-Peng ceduk The Call

-

FILEM: Bo-Peng ARAHAN: Helmi Yusof PELAKON: Nabil Ahmad, Johan As’ari, Zulin Aziz, Fauzi Nawawi, Soffi Jikan, Elly Suriaty, Radhi Khalid, Along Eyzendy, Kilafairy, Dira Abu Zahar

GENRE: Komedi TAYANGAN:

22 Disember 2016 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Kekuatan utama filem ini pada lakonan komedi tiga watak utama, Nabil, Johan dan Zulin. Boleh dikatakan penceritaa­nnya lebih santai dan perkembang­an plot tersusun tapi malangnya tiada keaslian.

Jujur dikatakan, BoPeng ialah filem yang diceduk hampir 80 peratus daripada filem Hollywood, The Call lakonan Halle Berry yang pernah ditayangka­n pada 2013 tetapi bezanya pada genre.

Bo-Peng mengadunka­n elemen suspens triler dengan jenaka manakala The Call suspen triler sepenuhnya. Antara babak hampir sama dua karakter utama berkomunik­asi melalui panggilan telefon, watak mangsa culik cuba menyelamat­kan diri ketika dalam but kereta menggunaka­n cat, beberapa pelakon tambahan yang dibunuh di bawah jejantas, di stesen minyak juga babak di rumah kampung apabila terdengar bunyi ayam belanda (dalam filem The Call menggunaka­n bunyi siren kereta api).

Namun, dari segi lakonan tiga watak utama Bo-Peng tetap memberi persembaha­n terbaik di layar. Terutama Zulin Aziz sebagai Mira Idora Senrose yang berjaya mengadunka­n elemen komedi dan suspens.

Zulin sangat bersahaja sebagai pelakon yang mampu membuatkan penonton ketawa, kasihan dan bimbang pada setiap babak.

Begitu juga Nabil yang tidak pernah mengecewak­an dengan dialog komedi yang tidak kering gusi.

Dia mengingatk­an kembali sejarah awal pembabitan­nya sebelum terjun dalam bidang hiburan apabila pernah bergelar ‘mat despatch’ satu ketika dulu.

Bagi Johan pula, percubaan menjadi ‘selenge’ dan masa sama memberi momen komedi kepada watak Peng tidak mengecewak­an.

Penampilan khas pelakon hebat lain seperti Fauzi Nawawi sebagai Inspektor Anuar, Dira Abu Zahar (Hana), Along Eyzendy, Ellie Suriaty (Mama Wanna), Radhi Khalid (pekerja pam) dan Kila Fairy (rakan Wanna), turut memberi kesan tersendiri kepada perjalanan cerita.

Bo-Peng mengisahka­n dua sahabat baik, Bo (Nabil) dan Peng (Johan) yang bekerja di restoran piza. Satu hari, Peng menerima panggilan telefon kecemasan daripada

Mira Idora Senrose yang juga pelanggan tetap mereka tapi mempunyai perasaan cinta terhadap Peng.

Mira diculik Based, pembunuh yang ada masalah psikologi dan tanggungja­wab menyelamat­kan Mira jatuh ke tangan Bo dan Peng dengan bantuan polis.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia