Harian Metro

Skrip tidak cukup matang

-

dan untuk seketika mengingatk­an kepada karya Christian Bale yang licik dalam filem Equilibriu­m.

Sebaik saja babak

Callum (Michael Fassbender) bertarung sebagai Aguilar, ‘shot’ bandar Sepanyol purba yang diadun cantik dengan fasiliti masa depan, membuatkan sinematogr­afi dan kesan khas filem lebih menarik.

Fassbender berjaya membuktika­n dia layak memegang watak itu dan memiliki kelebihan di segi aura pelakon aksi yang mampu melompat tinggi, berlari dan bertarung.

Rumusannya, pelakon itu memberi 100 peratus komitmen kepada watak dan tuntutan skrip selagi terdaya. Bukan saja dari fizikal malah bekerja 360 darjah untuk memastikan wataknya benar-benar memberi impak.

Di segi konsep, filem ini menjanjika­n sesuatu yang pasti mengujakan peminat filem aksi. Tapi seperti dikatakan awal tadi, skripnya lemah dan tidak digarap dengan baik.

Agak ‘terseksa’ menonton pelakon hebat seperti Marion Cotillard dan Jeremy Irons cuba membuatkan dialog yang dilontar mereka dapat dihadam penonton.

Mengisahka­n Callum Lynch yang dijatuhkan hukuman mati tapi selepas sedar daripada ‘kematian’, dia berada di sebuah fasiliti yang menempatka­n teknologi baru pengesanan genetik dikenali animus.

Di situ dia ‘kembali’ menjadi moyangnya, Aguilar, pembunuh upahan rahsia yang hidup di Sepanyol pada abad ke-15.

Moyang berserta rakannya itu memiliki ilmu dan keupayaan yang tinggi untuk menghalang organisasi berkuasa, Templar daripada mengawal Apple of Eden yang didakwa mempunyai semangat manusia.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia