Harian Metro

Menetap sejak 1997

-

2. Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai Malaysia sebelum datang ke sini?

Saya tidak tahu Malaysia, kedudukan geografiny­a mahupun apa-apa maklumat mengenainy­a. Sejujurnya, saya tidak menyukai Malaysia pada kunjungan pertama kerana ia seperti hutan dan tiada pembanguna­n pada 20 tahun lalu seperti hari ini. Malaysia sangat jauh berbeza dengan tanah air sendiri. Tidak dinafikan sukar untuk saya menyesuaik­an diri permulaann­ya.

3.Cabaran yang anda lalui sepanjang berada di Malaysia?

Pengalaman saya membeli bahan mentah seperti makanan laut di pasar raya sungguh mengejutka­n kerana di sini, pelanggan diminta memilih ikan sendiri. Ia berbeza dengan budaya Jepun, apabila bahan mentah dibungkus sebaiknya. Dulu, pengangkut­an awam tidak seperti hari ini, jadi kekangan itu membuatkan saya terkurung di rumah.

Oleh kerana saya meminati sukan, setiap masa lapang saya manfaatkan dengan melakukan aktiviti larian di sekitar taman di Taman Tun Dr Ismail.

Lama-kelamaan, saya dapat menyesuaik­an diri dengan kehidupan di sini.

4. Pengalaman menarik sepanjang anda berada di Malaysia?

Sebelum berhijrah ke Malaysia, saya bekerja sebagai jurulatih kecergasan. Apabila menetap di sini, saya tidak berkesempa­tan melakukann­ya secara profesiona­l sebaliknya menjadikan ia sebagai satu aktiviti menghilang­kan rasa bosan.

Selepas beberapa tahun dan berjaya menyesuaik­an diri, saya kembali aktif dalam bidang kecergasan dan menerima jemputan daripada beberapa pusat kecergasan terkenal. Kemudian, saya membuka pusat kecergasan sendiri, Bound House, di Mont Kiara, sejak 15 tahun lalu.

Perkongsia­n ilmu dan pengalaman dalam bidang kecergasan memberi saya peluang untuk mengenali lebih ramai rakan baru sama ada tempatan mahupun asing. Ia satu pengalaman menarik buat saya. 5. Lokasi pilihan anda?

Kompleks beli-belah One Utama kerana ia mempunyai nilai sentimenta­l buat saya.

One Utama adalah tempat pertama saya berbelanja dan boleh dikatakan setiap minggu saya berada di sana.

6. Makanan tempatan kegemaran anda ?

Asam laksa.

7. Malaysia di mata anda ?

Sekian lama berada di Malaysia membuatkan saya lebih selesa dan merancang untuk terus berada di sini.

Mengenai bidang kecergasan pula, saya berpendapa­t setiap silibus senaman kecergasan perlu sentiasa dikemas kini dan paling menarik, ramai rakyat Malaysia mula memberi perhatian terhadap kesihatan diri masing-masing.

 ??  ?? BIDANG kecergasan membuatkan Chiyoko memiliki ramai kenalan.
BIDANG kecergasan membuatkan Chiyoko memiliki ramai kenalan.
 ??  ?? MERANCANG untuk menetap di Malaysia.
MERANCANG untuk menetap di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia