Harian Metro

Sajian unik Brahim’s MRE

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Melihatkan ciri fizikal menu Brahim’s Turkey Pot Pie yang hambar tanpa hiasan, gagal menarik perhatian berbanding variasi sajian lain air tangan dua cef yang berkhidmat di Brahim’s SATS Food Services Sdn Bhd, Razaha Harun dan Fakhrul Aliff Ariffin Mohari.

Namun, jangan diukur dari luaran tanpa mencuba, kreativiti cef yang menggunaka­n Brahim’s Meals Ready to Eat (MRE), nasi cendawan dan keju sebagai bahan utama berjaya mencipta satu lagi pencuci mulut yang sangat lazat. Enak dijamu ketika panas, aroma cendawan dan keju semerbak menusuk ke rongga hidung sebaik pai dipotong.

Setiap butir nasi diselaputi keju yang berlemak, aksesori seperti potongan kecil bawang, daun saderi, lobak, kepingan kecil daging ayam belanda dan kismis berjaya menyempurn­akan cita rasa.

Menu Grilled Stuffed Calamari pula hasil kombinasi Brahim’s MRE Nasi Goreng Ikan Masin bersama sotong yang tampak ringkas namun menyelerak­an.

Brahim’s MRE Nasi Goreng Ayam pula dijadikan ramuan utama dalam menyediaka­n menu Brahim’s Crispy Chicken Wrap Stuffed with Chicken Fried Rice.

Potongan bawang putih, bawang, daun saderi dan lobak yang digaulkan bersama Brahim’s Nasi Goreng Ayam serta garam dan lada hitam dibungkus cantik menggunaka­n kepingan tortila.

Manakala potongan daging ayam yang digoreng rangup pula dijadikan penambah rasa untuk memberi kesempurna­an dalam setiap gigitan.

Turkey and Mushroom Pizza antara keunikan menu disediakan apabila ia menjadikan Brahim’s MRE Nasi Briyani Ayam sebagai hiasan piza bersama keju mozarella dan puri tomato.

Bagi mereka yang memilih sajian lebih sihat, Brahim’s Red Bean and Rice Salad antara pilihan utama.

Ini kerana ia menggunaka­n hirisan bawang Holland, daun parsli, ketumbar, kismis dan kacang buncis merah digaul bersama minyak zaitun, jus lemon, garam dan lada hitam secukup rasa.

Brahim’s MRE Nasi Goreng Ikan Masin yang dijadikan bahan utama digabungka­n bersama ramuan sihat seperti di atas kemudian dihidang cantik di atas potongan tomato Halve Roma.

Idea dikongsika­n cef Razaha dan Fakhrul Aliff ini membuktika­n variasi Brahim’s MRE seperti Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Ayam, Nasi Tomato,

Nasi Cendawan dan Keju, Nasi Goreng Ikan Masin, Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis dan Nasi Arab Kambing mampu diubah suai mengikut kreativiti individu.

Cita rasa dan gaya persembaha­n produk Brahim’s MRE boleh dipelbagai­kan, lebih menarik ia di ubah suai menjadi sajian unik dan tersendiri.

 ?? FOTO ?? CEF Razaha (kiri) bersama Cef Fakhrul Aliff menunjukka­n variasi menu menggunaka­n Brahim’s MRE.
FOTO CEF Razaha (kiri) bersama Cef Fakhrul Aliff menunjukka­n variasi menu menggunaka­n Brahim’s MRE.
 ??  ?? TURKEY Pot Pie yang cukup istimewa.
TURKEY Pot Pie yang cukup istimewa.
 ??  ?? GABUNGAN Brahim’s Nasi Goreng Ikan Masin bersama sotong.
GABUNGAN Brahim’s Nasi Goreng Ikan Masin bersama sotong.
 ??  ?? BRAHIM’S Red Bean and Rice Salad bagi penggemar salad.
BRAHIM’S Red Bean and Rice Salad bagi penggemar salad.
 ??  ?? HIASAN piza menggunaka­n nasi.
HIASAN piza menggunaka­n nasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia