Harian Metro

Teana Nismo tampil garang

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) menerusi kenderaan dalam segmen D, Nissan Teana kini dilengkapi aksesori dan talaan daripada Nismo dengan pengenalan global diadakan baru-baru ini.

Dalam majlis prebiu di pusat 4S ETCM di Shah Alam, Selangor, pengedar kenderaan Nissan itu juga menampilka­n dua pemandu pasukan Nismo dalam perlumbaan Super GT Jepun iaitu Tsugio Matsuda dan Ronnie Quintarell­i.

Disasarkan buat pembeli baru atau pemilik sedia ada semua varian Teana, aksesori ini disediakan dalam dua pakej iaitu Prestasi Nismo dan Aero Nismo dengan harga pada RM16,960 dan RM6,200 termasuk GST.

Untuk pakej Prestasi Nismo, ia dilengkapi dengan Spoiler bampar hadapan dan belakang, skirt sisi, trunk lid spoiler, spring sport, kemasan ekzos, rim aloi LMX6 18 inci dan empat unit tayar Michelin Pilot Sport.

Kombinasi itu menjadikan Teana direndahka­n sebanyak 30mm bagi memberi kestabilan lebih mantap dan ekzos sport menyempurn­akan tarikan estetik untuk pakej ini.

Pakej Aero Nismo pula dipadankan sama dengan ciri Prestasi Nismo kecuali ekzos, rim aloi dan tayar tetap tampil menarik untuk gaya lebih sporty.

Nismo adalah jenama sukan bermotor Nissan yang terkenal di seluruh dunia dengan keupayaan perlumbaan dan teknologi berprestas­i serta rekaan yang tersendiri.

ETCM mula membawa masuk aksesori ini untuk model terpilih sejak 2005 buat pembeli yang mahu menambah baik kenderaan Nissan masing-masing dengan ciri-ciri yang boleh digunakan di atas jalan raya.

Untuk pakej Prestasi Nismo, ia dipasang di kilang dengan mematuhi Standard Kualiti Global Nissan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000km yang mana lebih dahulu.

Tiga varian Nissan Teana ditawarkan untuk pasaran di Malaysia iaitu 2.5XV dengan kuasa maksimum 173hp dan tork 234NM dan 2.0XL serta 2.0XE mampu menjana kuasa 136hp dan tork sehingga 190Nm dijual pada harga bermula daripada RM147,500 hingga RM167,500.

Aksesori dan talaan bak perlumbaan untuk

kelihatan sporty

 ??  ?? TEANA kini tampil lebih sporty.
TEANA kini tampil lebih sporty.
 ??  ?? DILANCARKA­N oleh pemandu pasukan Nismo.
DILANCARKA­N oleh pemandu pasukan Nismo.
 ??  ?? RIM Nismo bersaiz 18 inci.
RIM Nismo bersaiz 18 inci.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia