Harian Metro

Jetta sedan responsif

-

Menawarkan gaya, keselesaan dan kepuasan memandu

dan tork 250Nm memberi keseimbang­an tenaga sama ada untuk memecut atau pada kelajuan rendah.

Perjalanan dari Petaling Jaya menempuh kesesakan jalan raya dilepasi dengan baik serta pemanduan di lebuh raya pada pelbagai kelajuan memberi penggunaan bahan api yang ideal sekitar 5.0 liter pada setiap 100 kilometer.

Justeru itu, Jetta turut mendapat pengiktira­fan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan fungsi mula/henti, sistem brek janaan semula dan fungsi meluncur membuatkan bahan api mampu dijimatkan dengan kos penyenggar­aan lebih rendah.

Ketika melalui jalan raya biasa terutama melintasi kawasan desa dengan pelbagai permukaan ketinggian dan selekoh, ia begitu responsif terutama ketika hendak memotong kenderaan lain.

Ketika di selekoh sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) memberi pemanduan lebih baik tanpa hilang keseimbang­an dan kenderaan tetap pada laluan serta Sistem Kunci AntiBrek (ABS) juga berfungsi dengan baik ketika hendak membrek secara drastik.

Ruang dalaman Jetta bukan sahaja selesa malah mempunyai nilai estetik dan penuh fungsi seperti kemasukan tanpa kunci KESSY, butang penghidup enjin, stereng pelbagai fungsi balutan kulit termasuk pedal penginjak dan kawalan jelajah.

Kerusi pemandu dibaluti kulit Vienna, perehat tangan boleh laras, corong penyaman udara belakang dan hadapan dengan ‘dualClimat­ronic’, tempat duduk pemandu elektrik serta sistem hiburan dengan pelbagai opsyen ketersambu­ngan seperti pemain CD, USB, iPod dan Bluetooth.

Jetta baharu ditawarkan dalam tiga varian dan harga jualan asas untuk Trendline bermula daripada RM108,990, Comfortlin­e (RM117,990) serta Highline (RM128,990) dengan empat warna iaitu putih, kelabu, perak dan hitam. Waranti pula selama lima tahun untuk pembelian bermula dari 1 September, 2016.

 ??  ?? JETTA sebuah sedan bergaya.
JETTA sebuah sedan bergaya.
 ??  ?? RESPONSIF dan stabil ketika di selekoh.
RESPONSIF dan stabil ketika di selekoh.
 ??  ?? TEMPAT duduk
pemandu dengan lapisan
kulit Viena.
TEMPAT duduk pemandu dengan lapisan kulit Viena.
 ??  ?? LANCAR dan selesa di lebuh raya.
LANCAR dan selesa di lebuh raya.
 ??  ?? ENJIN 1.4L TSI bertenaga.
ENJIN 1.4L TSI bertenaga.
 ??  ?? RODA stereng sporty.
RODA stereng sporty.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia