Harian Metro

Hari Keluarga NSOCM

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Acara tahunan eratkan hubungan pemilik Nissan Serena

Pelbagai aktiviti aktif dianjurkan kelab kereta antaranya Kelab Pemilik Nissan Serena Malaysia (NSOCM) baru-baru ini menganjurk­an hari keluarga mereka dengan konsep riadah, santai dan one-day drive (ODD) .

Kelab ditubuhkan pada 2010 ini mengumpulk­an pemilik Nissan Serena generasi pertama (C23) dan kedua (C24) dari seluruh negara untuk berkongsi pendapat dan sebarang maklumat teknikal berkaitan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.

Hari keluarga NSOCM diadakan di Pusat Rekreasi Air Wetland di Putrajaya dengan penyertaan lebih 50 orang dengan 25 buah kenderaan yang datang dari Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu.

Setiausaha Kelab, Ridzuan Manan berkata, aktiviti seperti ini dianjurkan sebagai acara tahunan serta perjumpaan sesama ahli turut dilakukan secara bulanan dalam merapatkan lagi hubungan sesama rakan ahli.

“Kami sering berjumpa di lokasi-lokasi terpilih sekitar Lembah Klang untuk merancang setiap aktiviti selain berbincang melalui aplikasi WhatsApp dan hari keluarga ini antara yang paling banyak penyertaan­nya,” katanya.

Perjalanan pagi itu dimulakan di Dataran Putra, Putrajaya menuju ke lokasi hari keluarga sejauh 25 kilometer setelah taklimat ringkas dan pemasangan bendera konvoi dilakukan.

Sebaik sampai ke lokasi acara, pendaftara­n peserta dilakukan sebelum menikmati sarapan dengan konsep ‘potluck’ dibawa setiap keluarga yang hadir.

Acara sukaneka disediakan selepas itu untuk peserta dewasa dan kanak-kanak seperti lari bawa belon, cari gula-gula dalam tepung dan banyak lagi yang menampilka­n aksi dan kelucuan peserta memeriahka­n suasana.

Menjelang tengah hari semua aktiviti selesai dan acara penyampaia­n hadiah dilakukan untuk pemenang sebelum bersurai dan pulang ke destinasi masing-masing.

 ??  ?? 1. SESI memasang bendera konvoi.
2. AHLI jawatankua­sa aktiviti hari keluarga.
3. MAKANAN dibawa secara ‘potluck’.
4. AKTIVITI untuk kanak-kanak.
5. SALAH satu aktiviti sukaneka.
1. SESI memasang bendera konvoi. 2. AHLI jawatankua­sa aktiviti hari keluarga. 3. MAKANAN dibawa secara ‘potluck’. 4. AKTIVITI untuk kanak-kanak. 5. SALAH satu aktiviti sukaneka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia