Harian Metro

Penggunaan ‘choke’ kereta

-

diseragamk­an di seluruh dunia. Jika kita perhatikan, angka awalan yang diikuti dengan huruf ‘W’ merujuk kepada kelikatan minyak itu sewaktu musim sejuk. Namun ini tidak bermakna ia tidak sesuai di negara kita. Ia hanya satu sukatan ukuran tahap kelikatan minyak yang perlu memenuhi tahap tertentu ketika sejuk. Lebih rendah angkanya, maka prestasi minyak itu adalah lebih baik ketika enjin dihidupkan pada waktu sejuk. Angka kedua yang mengikuti huruf W itu pula merujuk kepada kelikatan minyak berkenaan apabila diuji pada suhu panas iaitu 100.C atau 210∞.F. Bolehkah ‘choke’ pada kereta lama digunakan secara terus. Ini kerana enjin kereta saya sukar dihidupkan pada waktu pagi dan rasanya membiarkan choke ditarik tanpa melepaskan­nya kembali menjadikan enjin lebih berkuasa. Apa pandangan tuan? Choke adalah ‘pencekik’ yang digunakan dalam karburetor dan dalam keadaan biasa ia digunakan pada waktu pagi akan ‘mencekik’ karburetor dengan mengurangk­an kadar kemasukan udara dan sekali gus meningkatk­an kadar bahan api yang masuk. Ini akan memudahkan enjin dihidupkan ketika ia masih sejuk. Campuran bahan api akan menjadi lebih banyak apabila choke digunakan.

Ini tidak bermakna ia akan memberi lebih kuasa ketika enjin panas. Choke yang tidak dilepaskan akan menyebabka­n lebihan bahan api masuk atau ‘overflow’ dalam kebuk pembakaran dan palam pencucuh akan menjadi basah serta enjin mungkin sebu dan akan mati.

Tetapi sekiranya ini tidak berlaku walaupun choke tidak dilepaskan bermakna penalaan karburetor anda adalah tidak tepat dan campuran bahan api yang ideal hanya dapat diperoleh apabila choke ditarik.

Karburetor anda perlu dilaras semula untuk mendapatka­n campuran yang tepat. Tidaklah mustahil jika anda mendapati ada kereta yang masih menggunaka­n karburetor yang bergerak dengan pencekik atau choke ditarik sepenuhnya. Lazimnya ini terjadi pada kereta yang sudah hilang kuasa mampatanny­a iaitu piston atau piston ring sudah amat haus dan enjin memerlukan lebih bahan api untuk membolehka­n ia beroperasi, namun ini akan menyebabka­n penggunaan bahan api yang amat tinggi dan merugikan. Adalah lebih ekonomik untuk membaik pulih enjin berkenaan (overhaul).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia