Harian Metro

Lima saudara konvo bersama

-

hari Jumaat dan Sabtu.

Oleh itu, kami terpaksa membawa bersama anakanak dan meninggalk­an mereka di rumah pengasuh yang berdekatan kampus.

“Walaupun mereka masih kecil berusia antara tiga hingga tujuh tahun, mereka seakan-akan faham dengan situasi kami dan kadangkala kami perlu memberi semangat selain bermain dengan psikologi mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis Konvokesye­n UPSI.

Ada masanya, adik bongsu mereka, Wan Fahima Meor Kasim, 25, penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik di universiti sama turut memikul status ibu bapa untuk menjaga anakanak saudaranya. Tambah Meor Saiful Asuad, antara pengorbana­n terbesar yang terpaksa mereka tempuhi adalah masa bersama anakanak.

Isterinya, Zurainim yang juga Guru Bahasa Inggeris di SMK Sri Andalas Klang berkata, kesihatan anakanak turut terjejas kerana mereka kurang rehat dek menempuh perjalanan yang jauh dalam masa sebulan.

Menceritak­an kelebihan dengan ikatan kekeluarga­an yang rapat, Ahmad Yazid berkata, sepanjang tempoh pengajian, mereka sentiasa mengamalka­n sifat-sifat positif supaya setiap tugasan mampu disiapkan tepat pada masanya meskipun memikul pelbagai tanggungja­wab yang berat.

“Bertoleran­si, bekerjasam­a dan memahami antara satu sama lain adalah antara kunci utama yang kami amalkan selain menjadi tunjang kepada perjalanan ini. Sebagai suami isteri, perkara berkenaan dilihat begitu penting agar tidak timbul salah faham, apatah lagi masing-masing turut terbeban dengan komitmen di tempat kerja,” katanya.

Dia yang memegang jawatan sama seperti abang iparnya di Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar berkata, walaupun setiap daripada mereka perlu menyiapkan tugasan kajian dengan tajuk yang berbeza-beza, mereka sering menyemai sikap berpasukan serta bertukar-tukar pendapat bagi membuahkan idea lebih bernas.

Sementara itu, isterinya, Guru Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Tinggi Trong, Wan Salwa berkata, ke arah mempersiap­kan diri untuk menjawab peperiksaa­n, mereka akan berkumpul seminggu lebih awal di rumah sewa yang terletak 10km dari kampus.

“Kami akan ‘berkampung’ lebih awal di sini supaya kami boleh berkumpul bagi membuat persediaan bersama-sama. Malah kami juga selalu bertukar-tukar nota dan ada yang terpaksa bersengkan­g mata sehingga tiga pagi demi menggapai cita-cita,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa dan keluarga besar merekalah yang menjadi pendorong utama untuk mereka meneruskan perjuangan ini dan menamatkan­nya dalam tempoh pengajian minimum selama dua tahun sahaja, berbanding tempoh maksimum pengajian sarjana iaitu selama empat tahun.

Zurainim menambah, meskipun mereka menggalas komitmen di tempat kerja, perkara itu tidak dijadikan penghalang untuk mereka menghabisk­an pengajian dalam masa yang singkat.

“Kalau kita lihat, ada antara pelajar sarjana yang tidak mampu menamatkan pengajian mereka dalam tempoh yang begitu cepat.

“Tetapi kami percaya kesungguha­n kami sebagai pelajar yang tidak pernah meninggalk­an kuliah, menyiapkan tugasan tepat pada masanya, sering membuat susulan tesis dengan penyelia adalah antara kunci kepada kejayaan ini.

“Apatah lagi, kami sudah mengatur langkah untuk memulakan tesis sejak memasuki semester kedua, berbeza dengan pelajar lain yang biasanya mula ketika berada dalam semester tiga,” katanya.

Biarpun mereka memikul pelbagai tanggungja­wab sebagai pekerja, suami, isteri, ibu dan bapa, ia langsung tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berusaha sekali gus melayakkan mereka untuk dianugerah­kan dengan Anugerah Khas Dekan (Kelas Pertama).

“Insya-Allah, jika diberikan kesempatan, kami berempat merancang untuk menyambung pelajaran sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) awal tahun depan,” kata Ahmad Yazid.

 ??  ?? LIMA bersaudara graduasi dalam satu siri konvokesye­n sama merakam gambar bersama keluarga besar mereka.
LIMA bersaudara graduasi dalam satu siri konvokesye­n sama merakam gambar bersama keluarga besar mereka.
 ??  ?? (DARI KIRI) Ahmad Yazid, Wan Salwa, Wan Fahima, Meor Saiful Asuad dan Zurainim.
(DARI KIRI) Ahmad Yazid, Wan Salwa, Wan Fahima, Meor Saiful Asuad dan Zurainim.
 ??  ?? MEOR Saiful
Asuad dan Zurainim bersama dua anak mereka,
Wan Zahra Qistina (kanan) dan Wan Zahirah
Asna (kiri).
MEOR Saiful Asuad dan Zurainim bersama dua anak mereka, Wan Zahra Qistina (kanan) dan Wan Zahirah Asna (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia