Harian Metro

Langkah pengawasan gejala cirit-birit

-

kerap. Ibu bapa perlu segera merujuk pada doktor andainya anak anda mengalami tandatanda dehidrasi yang serius seperti bibir kering dan menangis tanpa lelehan air mata.

2. Menggunaka­n garam hidrasi oral

Doktor atau ahli farmasi akan mengesyork­an anda mengambil garam rehidrasi oral (ORS) untuk mengelak atau merawat dehidrasi yang berlaku kesan daripada ciritbirit yang teruk.

Garam rehidrasi boleh dibeli tanpa preskripsi di premis komuniti farmasi. Garam itu perlu dilarutkan di dalam air dan diminum untuk menggantik­an garam, glukosa dan mineral yang hilang ketika cirit-birit. Justeru, saranan biasa ialah minum ORS setiap kali selepas episod ciritbirit.

3. Makan atau minum? Minum adalah lebih penting daripada makan sewaktu cirit-birit. Namun, perlu mula mengambil makanan secepat mungkin apabila keadaan ciritbirit sudah tiada supaya tidak berlaku kekurangan gula di dalam tubuh. Makan makanan dalam saiz yang kecil atau mengambil makanan yang ringan dan elakkan makanan berlemak atau pedas.

Jika kanak-kanak tidak mengalami dehidrasi, beri mereka diet yang biasa mereka makan.

Jika mereka enggan makan, teruskan memberi cecair dan tunggu sehingga selera mereka biasa semula. Contoh makanan sesuai adalah kentang, nasi, pisang, sup dan sayur-sayuran rebus.

4. Ubat cirit-birit

Ubat cirit-birit boleh membantu kurangkan atau pendekkan tempoh cirit-birit. Diphenoxyl­ate dan Loperamide adalah ubat ciritbirit yang lazim diambil kerana sudah terbukti berkesan.

Diphenoxyl­ate dan Loperamide memperlaha­nkan pergerakan otot dalam usus supaya lebih banyak air diserap di kawasan usus. Keadaan ini menjadikan najis yang terbentuk lebih pejal. Namun perlu diingatkan, penggunaan ubat ini adalah untuk pesakit kanakkanak berumur lebih dua tahun.

Elakkan mengambil ubatubatan cirit-birit jika ada darah atau lendir dalam najis atau suhu badan tinggi (demam). Sebaik-baiknya dalam situasi begini, rujuk pada doktor untuk mendapatka­n rawatan dan nasihat selanjutny­a.

5. Ubat tahan sakit

Sekiranya berlaku demam susulan cirit-birit, anda dinasihatk­an merujuk pada doktor untuk rawatan lanjut. Begitu juga tindakan yang perlu dilakukan jika keadaan sebegini berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Perlu diingatkan ubat tahan sakit tidak merawat cirit-birit tetapi ubat seperti paracetamo­l atau ibuprofen boleh membantu legakan demam dan sakit kepala sahaja.

6. Antibiotik

Antibiotik tidak berkesan untuk jangkitan yang membabitka­n virus. Justeru, rawatan menggunaka­n antibiotik tidak digalakkan untuk ciritbirit jika puncanya tidak diketahui. Selain itu, sesetengah antibiotik juga boleh menyebabka­n kesan sampingan yang tidak menyenangk­an.

7.Bolehkah probiotik membantu?

Probiotik adalah bakteria hidup dan yis yang didapati dalam yogurt dan makanan tambahan. Ada beberapa bukti menunjukka­n probiotik tertentu boleh memendekka­n tempoh cirit-birit.

Bagaimanap­un bukti kukuh belum cukup untuk menjadikan­nya sebagai rawatan utama. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubung­i Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800-88-6722.

Disediakan oleh Kamarudin Ahmad (Pegawai Farmasi Hospital Miri)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia