Harian Metro

Kawal jangkitan kulit MRSA

- Hidayatul Akmal Ahmad Hidayatula­kmal@ hmetro.com.my

Menjadi ancaman dalam persekitar­an kesihatan di mana

patogen mudah tersebar

Di peringkat global, staphyloco­ccus Aureus RintangMet­isilin(MRSA) memberi cabaran kepada sistem kesihatan kerana kadar keberkesan­an antibiotik umum semakin menurun dan isu seperti kesesuaian serta tahap keselamata­n ubatan turut mengehadka­n penggunaan­nya.

Jangkitan kulit bakteria akut dan struktur kulit tergolong kepada kumpulan jangkitan kompleks yang sukar dirawat serta dikaitkan dengan kadar kemandiria­ndankemati­an yang tinggi jika tidak dirawat dengan betul.

Bakteria gram positif staphyloco­ccus aureus adalah pantogen penyebab utama bagi jangkitan tisu lembut serta kulit. Sehingga kini ia dijumpai dalam 46 peratus pesakit jangkitan kulit yang dimasukkan ke hospital di seluruh dunia.

Antara staphyloco­ccus aureus yang dikenal pasti, sebanyak 65 peratus adalah MRSA yang menyumbang kepada kadar kemasukan pesakit di hospital yang semakin meningkat, masa di wad lebih panjang serta peningkata­n kadar kematian.

Pakar Perunding serta Kesihatan Berjangkit, Dr Chow Ting Soo berkata, MRSA adalah ancaman sebenar dalam persekitar­an kesihatan di mana patogen mudah tersebar. Lebih membimbang­kan ia kini menjadi masalah pada peringkat komuniti.

“Pesakit yang terkena jangkitan kulit MRSA yang serius terpaksa berada di hospital untuk jangka masa lebih lama. Bagi sesetengah kes, ia akan menular kepada pneumonia (penyakit gangguan sistem pernafasan) serta jangkitan saluran darah yang akan meningkatk­an kadar kematian dan tempoh masa mereka dimasukkan ke hospital.

“Ini sekali gus mengganggu urusan harian dan produktivi­ti mereka,” katanya ketika ditemui pada pelancaran Sivextro rawatan terbaru bagi jangkitan kulit bakteria akut baru-baru ini.

Sivextro diluluskan sebagai rawatan sekali sehari selama enam hari. Ia disediakan dalam dua bentuk iaitu intravenou­s (iv) atau oral. Ini membolehka­n pesakit menukar kaedah rawatan oral tanpa mengubah dos sekali gus membantu dalam pelepasan awal rawatan hospital.

Satu kajian yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) merekodkan kadar jangkitan tahunan MRSA melebihi 40 peratus.

Dengan anggaran sebanyak sejuta pesakit yang dirawat di HKL setiap tahun, potensi penularan kes MRSA adalah sangat membimbang­kan terutama apabila kebanyakan kes MRSA mempunyai daya tahan tinggi terhadap pelbagai jenis ubatan.

Menurut Chow, sebelum ini pesakit dengan sejarah perubatan sedia ada mempunyai banyak pilihan rawatan yang terhad atau memerlukan perubahan dos yang spesifik.

“Tedizolid fosfat menawarkan pilihan rawatan yang lebih tinggi teknologin­ya serta kadar toleransi yang baik. Dengan adanya agen antibakter­ia generasi baru yang lebih kuat ini, kami berharap penularan jangkitan kulit terutama MRSA dapat dikawal dengan lebih baik,” katanya.

Hadir sama Pengarah Urusan Bayer Co (Malaysia) Sdn Bhd dan Ketua Bahagian Negara Farmaseuti­kal Malaysia, Singapura dan Brunei Manoj Saxena.

 ??  ?? CHOW (kiri) bersama Manoj dan Pengurus Produk Sivextro Bayer Co (M) Sdn Bhd, Michelle Kan (kanan) ketika pelancaran Sivextro baru-baru ini.
CHOW (kiri) bersama Manoj dan Pengurus Produk Sivextro Bayer Co (M) Sdn Bhd, Michelle Kan (kanan) ketika pelancaran Sivextro baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia