Harian Metro

Lutut sendi paling berisiko

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Andai tidak dijaga dari awal, kualiti hidup

akan berterusan terganggu

Lutut antara anggota badan yang memerlukan penjagaan sepanjang hayat kerana digunakan setiap hari dalam setiap pergerakan. Oleh itu, lutut perlu kuat supaya pergerakan sentiasa lancar.

Sendi lutut memainkan peranan penting membantu kita menyokong berat badan dan membengkok­kan kaki. Tanpa lutut, kita bermasalah untuk duduk, berjalan, berlari dan banyak lagi bentuk pergerakan.

Lutut juga adalah sendi yang rumit dan sangat kuat kerana apabila kita berdiri, berjalan atau melakukan pergerakan lain, ia menyokong hampir keseluruha­n berat badan. Sendi lutut menyambung­kan tulang paha (femur) dengan tulang kering (tibia) di bahagian bawah kaki. Ia juga menyambung­kan femur dengan tempurung lutut (patella) dan tulang betis (fibula).

Sendi lutut terdiri daripada tulang, otot, rawan, tendon, ligamen dan tisu penyambung­an lain. Otot mengekalka­n tulang-tulang di tempatnya dan membantu menggerakk­an bahagian bawah kaki menerusi kontraksi.

Tendon pula adalah jalur tisu gentian yang menyambung­kan otot pada tulang manakala rawan adalah tisu yang tipis dan anjal menyelaput­i permukaan tulang ketika sendi bergerak untuk mencegah hujung tulang bergeser.

Rawan juga melindungi tulang dan membenarka­n permukaan sendi untuk menggelong­sor dengan mudah antara satu sama lain. Ligamen pula jalur tisu gentian yang menghubung­kan sesama hujung tulang untuk membentuk sendi.

Ligamen di sekeliling sendi lutut memberikan kestabilan dengan mengehadka­n pergerakan pada arah tertentu supaya tidak menyakitka­n lutut. Sakit lutut adalah masalah biasa yang membabitka­n mana-mana struktur tulang daripada sendi lutut (femur, tibia, fibula), tempurung lutut atau ligamen dan tulang rawan lutut.

Kesakitan pada bahagian ini boleh dialami semua peringkat usia bergantung pada keadaan atau aktiviti setiap individu.

Pakar Sendi Tulang dan Pengurusan Tekanan, Dr Shahnun Anwar

Azmi berkata, sakit lutut boleh berpunca daripada kecederaan, sakit sendi, sakit tulang, sakit otot dan radang sendi atau osteoatrit­is.

Masalah paling kerap timbul ialah osteoatrit­is yang terjadi apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menipis. Ini menyebabka­n sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosota­n sendi tulang.

“Keradangan berlaku apabila kurang mendapat bekalan darah yang mengandung­i khasiat kerana tubuh badan tidak boleh menghasilk­an zat makanan mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharua­n.

“Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut disebabkan ia menampung berat badan dan sentiasa digunakan sepanjang hidup. Memiliki kesihatan lutut yang baik sangat penting kerana apabila kita sering mendapat sakit lutut yang berterusan, kualiti hidup kita akan terjejas.

“Mungkin kita tidak selesa untuk berjalan, menaiki tangga, berlari sehingga menunaikan ibadat solat juga mungkin terganggu. Ketidaksel­esaan ini semua berlaku jika kita tidak mencegah dari awal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen kesedaran penjagaan lutut, Solusi Lutut Amani, anjuran pengeluar produk kesihatan, Wasima

Wafa Sdn Bhd di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu bertujuan meningkatk­an kesedaran mengenai penjagaan lutut yang tidak diberi perhatian berat dalam kalangan masyarakat sekarang.

Sempena kempen itu, syarikat berkenaan mengambil inisiatif membantu orang ramai dengan mendidik dan memberi kesedaran menerusi buku dalam talian yang boleh dimuat turun, video, khidmat nasihat dan pemeriksaa­n percuma di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Wasima Wafa, Leo Adi Putra berkata, ramai memandang ringan terhadap kesihatan lutut dan sendi sedangkan ia sangat penting sebagaiman­a penjagaan anggota badan lain.

“Dalam proses memberi kesedaran ini, saya lihat kempen Solusi Lutut Amani sebagai usaha memperting­katkan produktivi­ti modal insan setiap daripada kita semua. Nampak mudah sebagaiman­a ramai yang ambil mudah dengan kesihatan lutut dan sendi tetapi sekali kita terkena serangan ini, ia tidak boleh dirawat sehari dua.

“Kami berharap menerusi kepakaran yang ada dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai penjagaan lutut supaya mereka dapat menjalani aktiviti harian dengan penuh keceriaan, di samping menunaikan ibadat dengan sempurna,” katanya.

JelasLeo,masihramai lagi yang tidak tahu amalan gaya hidup dan pemakanan sesuai untuk menjga kesihatan lutut sehingga pada satu tahap umur, mereka mengalami masalah sakit lutut dan tidak tahu langkahlan­gkah atau rawatan sesuai untuk pemulihan.

 ?? FOTO ?? LEO (kiri) dan Dr Shahnun Anwar menunjukka­n cara memuat turun buku dalam talian mengenai penjagaan lutut.
FOTO LEO (kiri) dan Dr Shahnun Anwar menunjukka­n cara memuat turun buku dalam talian mengenai penjagaan lutut.
 ??  ?? SAKIT lutut menjejaska­n aktiviti harian.
SAKIT lutut menjejaska­n aktiviti harian.
 ??  ?? SENDI lutut terdiri daripada tulang femur, tibia, fibula dan patella.
SENDI lutut terdiri daripada tulang femur, tibia, fibula dan patella.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia