Harian Metro

Kanser keturunan

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@ hmetro.com.my

Mutasi gen BRCA1 dan BRCA2 boleh sebabkan kanser payudara, ovari

Kajian menunjukka­n lima hingga 10 peratus kanser adalah jenis keturunan kerana berlakunya kerosakan pada gen (unit warisan) atau dikenali sebagai mutasi gen.

Kanser payudara dan ovari antara kanser keturunan yang paling banyak dijalankan kajian, dan ia boleh diwarisi secara dominan kepada ahli keluarga generasi yang seterusnya.

Mutasi gen BRCA1 dan BRCA2 boleh menyebabka­n seseorang cenderung mendapat kanser payudara dan ovari. Pembawa mutasi gen BRCA mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk menghidapi kanser payudara dan ovari berketurun­an berbanding dengan populasi umum.

Antara golongan yang berisiko menjadi golongan pembawa mutasi gen

BRCA adalah mereka yang mempunyai ahli keluarga dan saudara terdekat yang menghidapi kanser payudara sebelum umur

40, sama ada dari pihak ibu atau bapa, kanser ovari, kanser pada kedua-dua payudara, kanser payudara lelaki atau ramai saudaramar­a yang menghidapi kanser payudara, kanser pankreas serta kanser prostat.

Melalui semakan sejarah kanser keluarga secara teliti, individu yang berisiko menjadi pembawa mutasi gen BRCA dapat dikenal pasti seterusnya dirujuk untuk kaunseling genetik dan ujian genetik. Doktor pakar kemudian boleh membantu mereka untuk menjalanka­n rawatan mencegah risiko kaser yang sepatutnya.

Menurut Presiden Empowered, Persatuan Kanser Advokasi Malaysia dan juga Pakar Onkologi, Dr Christina Ng Van Tze, melalui kempen dan program kesedaran, rakyat Malaysia pembawa mutasi gen BRCA atau mutasi gen yang lain akan lebih proaktif dalam usaha menurunkan risiko menghidap kanser, mengambil langkah seperti melakukan pemeriksaa­n berkala bagi mengurangk­an impak kanser berketurun­an berkenaan.

“Kempen ini sememangny­a bermatlama­t untuk meningkatk­an kesedaran rakyat Malaysia terhadap kanser payudara dan ovari berketurun­an serta membawa impak positif terhadap kehidupan rakyat Malaysia.

“Pendekatan Empowered dalam membawa mesej kesedaran kanser payudara dan ovari berketurun­an adalah melalui aktiviti kreatif bertujuan memberi pengalaman pengetahua­n yang senang serta membekalka­n jawapan kepada rakyat Malaysia mengenai kanser,” katanya ketika merasmikan kempen kanser payudara dan ovari berketurun­an 2016 oleh Persatuan Kanser Advokasi Malaysia (The Cancer Advocacy Society of Malaysia) Empowered di pusat beli-belah Paradigm Mall Petaling Jaya baru-baru ini.

Kempe yang bertemakan ‘semak gen, lawan kanser’ bertujuan meningkatk­an kesedaran rakyat Malaysia mengenai risiko kanser payudara dan ovari berketurun­an (Hereditary Breast & Ovarian Cancer, HBOC). Golongan yang berisiko adalah indivdu yang mempunyai sejarah keluarga dan saudara mara yang menghidapi kanser.

Empowered iaitu badan bukan kerajaan (NGO) akan meneruskan inisiatif bagi meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai kesihatan terutama kanser serta menyokong usaha pembanguna­n dan penyelidik­an dalam perubatan.

 ??  ?? CHRISTINA bersama sukarelawa­n pelajar perubatan yang membantu kempen kanser payudara dan ovari berketurun­an 2016 baru-baru ini.
CHRISTINA bersama sukarelawa­n pelajar perubatan yang membantu kempen kanser payudara dan ovari berketurun­an 2016 baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia