Harian Metro

Mengintai penguin

29 peserta Misi Jelajah Benua Australia pandu sendiri untuk menikmati keindahan alam negara asing

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Menjejakka­n kaki ke benua terkecil di hemisfera selatan, Australia bukan sesuatu yang asing bagi warga Malaysia. Namun, pengalaman tertulis daripada kaca mata pengunjung­nya pasti ada memorinya tersendiri.

Begitu juga dengan pengalaman 29 peserta Misi Jelajah Benua Australia yang majoriti adalah golongan pendidik dari Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Putra,

Bangi yang mengikuti aktiviti pengembara­an ini ke benua terkecil dunia itu.

Merencana untuk mengunjung­i pelbagai lokasi menarik melalui perjalanan­an dari Melbourne ke Sydney sejauh sekitar lebih 900 kilometer sememangya terisi dengan pelbagai pengalaman menarik bermula melawat kawasan pesisir pantai terkenal sehingga mendaki gunung tertinggi di Australia.

Lebih menarik kumpulan pengembara itu juga memilih untuk mengembara dengan memandu sendiri ke semua lokasi yang sudah direncanak­an itu dan memilih menginap di hostel untuk lebih merasai pengalaman percutian minimalis serta menjimatka­n.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Melbourne suhu dingin menyambut kehadiran pengembara walaupun di Australia pada Disember sudah memasuki musim panas dan musimnya adalah bertentang­an dengan negara empat musim di hemisfera utara.

Lokasi pertama yang menjadi pilihan adalah melawat ‘dunia penguin’ yang terletak di Pulau Phillip. Memandu ke lokasi berkenaan mengambil masa sekitar dua jam setengah dan sepanjang laluan ke sana melalui pelbagai lokasi tarikan pelancong antaranya kilang membuat coklat yang pastinya menarik perhatian kanakkanak untuk menikmati imiginasi dunia coklat seperti di dalam cerita animasi.

Sebaik tiba di Pulau Phillip di Victoria, suasananya tenang dan nyaman yang hanya kedengaran ombak lembut menghempas pantai. Pelbagai spesies burung berterbang­an serta jinak dan hinggap berdekatan pengunjung seakan-akan sudah biasa dengan kehadiran manusia melawati kawasan mereka.

Namun, yang menjadi sasaran panorama hari itu adalah untuk menyaksika­n sendiri kehadiran penguin liar dan difahamkan cuma pada waktu senja spesies jenis itu mula berkeliara­n di kawasan pantai.

Penantian hampir sejam di kawasan itu tidak menghampak­an apabila ada antara peserta pengembara ternampak dua ekor anak penguin menyorok di dalam lubang dan kelibat haiwan itu cukup memberi makna kepada mereka kerana dapat menyaksika­n sendiri penguin liar di depan mata.

Malah, dalam perjalanan pulang ke Melbourne di sekitar Victoria, mereka juga dapat melihat pelbagai haiwan liar yang sinonim dengan nama Australia iaitu kanggaru berkeliara­n di tepi jalan ketika waktu senja.

Tidak menghampak­an apabila

 ??  ??
 ??  ?? 1
3
2
1 3 2

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia