Harian Metro

Tiru tarian Kpop

200 tampil kreativiti dan keunikan dalam persembaha­n ‘meniru’ koreografi kumpulan Kpop pujaan

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Gelora Pop Korea atau

Kpop ‘melanda’ Gamuda Walk Kota Kemuning apabila lebih 200 penari mengambil bahagian dalam Kpop Cover Dance Competitio­n baru-baru ini. Malah pesertanya seawal usia menengah rendah tidak kekok tampil melakukan gerak tari pernah dipersemba­hkan kumpulan idola tersohor dari negara itu.

Acara tarian ini memerlukan peserta membuat persembaha­n ‘meniru’ koreografi idola Korea selain mencabar kreativiti mereka bagi menampilka­n keunikan tersendiri.

Menurut wakil

Gamuda Walk Ng Kah

Fei penganjura­n acara itu sebagai inisiatif pusat beli-belah baharu untuk mendekati komuniti sekitar terutama golongan muda.

“Pusat ini baru saja dibuka dan kami melihat penganjura­n ini sebagai sokongan terhadap komuniti tarian di samping membantu meningkatk­an populariti Gamuda Walk dalam kalangan penduduk sekitar. Menerusi acara ini juga golongan muda dapat peluang menonjolka­n potensi mereka dan kami membantu dengan penyediaan platform bersesuaia­n.

“Meskipun kali pertama penganjura­n, sambutan kami terima sangat menggalakk­an apabila hampir 30 kumpulan mempersemb­ahkan bakat mereka di depan pengunjung,” katanya.

Tampil dalam persalinan kuning hitam dan gimik membuatkan persembaha­n Sixth Sense antara menonjol.

Ditambah pula dengan gerak tari lancar dan seragam, kumpulan itu berjaya membawa pulang hadiah utama RM2,500 dalam pertanding­an terbabit.

Kata Ketua Kumpulan Sixth Sense Ng Zhu Jun, dia serta rakannya sama sekali tidak menyangka dapat merangkul kedudukan pertama kerana persembaha­n sengit peserta lain.

“Kami terkejut dan pada masa sama berasa gembira mendengar nama kumpulan diumum sebagai pemenang. Rasa penat dan kesusahan ditempuh ketika membuat persiapan selain perlu membelanja­kan wang sendiri untuk baju dan ‘prop’ membuatkan kami berasa satu kepuasan apabila berjaya tampil sebagai kumpulan terbaik.

“Kami sertai pertanding­an tarian ini kerana minat dan bonus apabila juri memilih kami sebagai kumpulan terbaik selepas menerima saingan hebat daripada kumpulan lain,” katanya.

Pendapat itu turut dikongsi pemenang tempat kedua Project D menerusi ketuanya Ma Lai Kwan yang berkata saingan pertanding­an ini cukup sengit apabila rata-rata kumpulan memberi persembaha­n kemas dan hampir tepat dari segi koreografi.

“Mencabarny­a pertanding­an ini ialah terbuka dan semestinya penari profesiona­l turut sama mengambil bahagian. Jadi kami membuat persiapan lengkap antaranya mendapat bimbingan guru tari, Miko Kuah memastikan teknikal

serta persembaha­n pada tahap terbaik.

“Selain perlu tampak seperti koreografe­r kumpulan idola, peserta perlu juga ‘input’ tersendiri agar persembaha­n tampak unik berbanding persembaha­n asal.

“Kemenangan ini kami jadikan pendorong untuk penyertaan pertanding­an lebih besar tahun akan datang,” katanya.

Guru tarian Miko Kuah berkata dia berpuas hati dengan persembaha­n anak buahnya.

“Meskipun pertanding­an ini julung kali diadakan oleh Gamuda Walk tetapi ia pendedahan baik buat penari muda. Saya berharap pertanding­an seperti ini akan terus dianjurkan untuk mendorong komuniti tarian terus berkembang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? GERAK tari menarik daripada Project D.
GERAK tari menarik daripada Project D.
 ??  ?? AKSI juara.
AKSI juara.
 ??  ?? VIRUS Ladies tampil kreatif menerusi penggunaan prop lampu LED. MANTAP persembaha­n kumpulan Sixth Sense. AKSI mantap kumpulan Mad G.
VIRUS Ladies tampil kreatif menerusi penggunaan prop lampu LED. MANTAP persembaha­n kumpulan Sixth Sense. AKSI mantap kumpulan Mad G.
 ??  ?? SIXTH Sense dinobatkan juara manakala Project D kedua dan Virus Ladies ketiga dalam pertanding­an Kpop Cover Dance Competitio­n baru-baru ini.
SIXTH Sense dinobatkan juara manakala Project D kedua dan Virus Ladies ketiga dalam pertanding­an Kpop Cover Dance Competitio­n baru-baru ini.
 ??  ?? PROFIL
NAMA: Ng Zhu Jun UMUR: 20 tahun ASAL: Kuala Lumpur PERANAN: Ketua kumpulan Sixth Sense
PROFIL NAMA: Ng Zhu Jun UMUR: 20 tahun ASAL: Kuala Lumpur PERANAN: Ketua kumpulan Sixth Sense
 ??  ?? PROFIL
NAMA: Miko Kuah UMUR: 28 tahun ASAL: Kuala Lumpur PERANAN: Guru tari
PROFIL NAMA: Miko Kuah UMUR: 28 tahun ASAL: Kuala Lumpur PERANAN: Guru tari
 ??  ?? PROFIL
NAMA: Ma Lai Kwan UMUR: 21 tahun ASAL: Kuala Lumpur PERANAN: Ketua kumpulan Project D
PROFIL NAMA: Ma Lai Kwan UMUR: 21 tahun ASAL: Kuala Lumpur PERANAN: Ketua kumpulan Project D

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia