Harian Metro

Kita satu keluarga

Badan siswa UNIKL MIMET anjur hari istimewa pelajar dan kakitangan

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Ohana, perkataan Hawaii yang bermaksud keluarga, menjadi tema pilihan Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) Univesiti Kuala Lumpur (UNIKL) MIMET menganjurk­an hari keluarga, baru-baru ini.

Menariknya komuniti kampus yang menjayakan acara ini menggabung­kan kolaborasi aktif empat kelab iaitu Bachelor in Naval Architectu­re and Ship Building (BNASB), Bachelor in Maritime Operation (BMO), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) dan Persatuan Mahasiswa Islam MIMET (PMIM).

Acara itu bermula jam 4.30 petang hingga 12 tengah malam membabitka­n 500 peserta dalam kalangan pelajar dan kakitangan kampus.

Capai matlamat Ohana Day

Menurut koordinato­r program, Mohamad Zharif Zahari, matlamat penganjura­n program itu tercapai apabila pelajar bersama staf saling membantu menjayakan Ohana Day berkenaan.

“Meskipun konsep atau tema dicetuskan SRC, kolaborasi daripada empat kelab di UNIKL MIMET sebenarnya menjayakan semua aktiviti dianjurkan.

“Hari keluarga ini kali pertama kami anjurkan tetapi ia tidak menghampak­an apabila ada tujuh acara mengisi slot sepanjang hari antaranya sukan rakyat, ‘MIMET Got Talent’, ‘Food 4 Love’, ‘Panna Battle’, ‘Sutra Melayu’, ‘Run For Joy’ dan Tazkirah Busking.

“Lihat komitmen sangat menggalakk­an baik daripada staf serta pelajar, nyata semua bergembira selain hadir bagi tujuan menghilang­kan tekanan

jadual akademik harian,” katanya.

Tambah Zharif, selain pelbagai slot diisi dengan aktiviti unik, gimik penutupan meninggalk­an kenangan indah buat warga kampus menyertai hari keluarga terbabit.

“Acara kemuncak ialah majlis penutup turut dihadiri jemputan kehormat dan menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

“Namun gimik berlabuhny­a acara itu berlangsun­g dengan pertunjuka­n bunga api dilihat sesuatu sangat indah sebagai kenangan pelajar dan staf UNIKL MIMET,” katanya yang juga berharap ia menjadi acara tahunan pada barisan kepimpinan SRC baru.

Bahagi masa dan komitmen

Pengarah program, Farah Farhana Karim, pula menggalas tanggungja­wab sangat besar dalam memastikan acara berlangsun­g seperti dijalankan.

“Melihat peserta hari keluarga berseronok dan berpuas hati dengan setiap aktiviti disediakan membuatkan saya dan kru Ohana Day 2016 gembira.

“Maklumlah cabaran setiap daripada kami dalam menguruska­n masa apabila jadual padat dengan kelas, kuiz dan ujian, dan pada masa sama perlu melakukan persiapan untuk hari keluarga bukan tugas mudah.

“Bagi saya ‘Food 4

Love’ ialah antara acara paling susah. Kami perlu menyediaka­n makanan (barbeku) pada waktu malam bagi 500 pelajar.

“Banyak tenaga kerja yang diperlukan dan saya benar-benar terhutang budi kepada pasukan F&B, Izwan dan Oya kerana gerak kerja penyediaan makanan pada hari itu berjalan lancar,” katanya.

Meskipun empat kelab bekerjasam­a dalam penganjura­n acara terbabit, Farah berasa tidak tertekan kerana semuanya bertoleran­si dan menyokong antara satu sama lain.

“Daripada 23 kelab, empat kelab iaitu PMIM, BNASB, BMO dan GPMS bersetuju untuk menyertai kami. Dari situ kami mengadakan perjumpaan berkala hinggalah pada hari acara.

“Kami juga menggunaka­n Whatsapps sebagai medium hubungan paling pantas. Semua info mengenai Ohana Day kami kongsikan menerusi ‘group’ yang mana setiap wakil kelab akan tahu dan kemudian menghubung­i ahli lain.

“Alhamdulil­lah, keempat-empat kelab ini memberikan kerjasama yang memuaskan. Setiap salah faham berlaku dapat diselesaik­an dengan cara yang matang,” katanya.

 ??  ?? SESI ‘Food 4 Love’.
SESI ‘Food 4 Love’.
 ??  ?? KETIKA acara larian.
KETIKA acara larian.
 ??  ??
 ??  ?? TERPALIT dengan warna dalam sesi ‘Run For Joy’. SEBUAH rumah penduduk di kampung nelayan Jung Pyong Ri di wilayah
Hamgyong Utara.
TERPALIT dengan warna dalam sesi ‘Run For Joy’. SEBUAH rumah penduduk di kampung nelayan Jung Pyong Ri di wilayah Hamgyong Utara.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BARISAN SRC yang menjadi tulang belakang penganjura­n kali ini.
BARISAN SRC yang menjadi tulang belakang penganjura­n kali ini.
 ??  ?? PROFIL
NAMA: Mohamad Zharif Zahari UMUR: 20 tahun ASAL: Dungun, Terengganu
PERANAN: Koordinato­r program.
PROFIL NAMA: Mohamad Zharif Zahari UMUR: 20 tahun ASAL: Dungun, Terengganu PERANAN: Koordinato­r program.
 ??  ?? PROFIL
NAMA: Farah Farhana Karim
UMUR: 21 tahun
ASAL: Jasin, Melaka PERANAN :Pengarah program.
PROFIL NAMA: Farah Farhana Karim UMUR: 21 tahun ASAL: Jasin, Melaka PERANAN :Pengarah program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia