Harian Metro

Tampil lebih elegan

SUV Haval H2 dilengkapi ciri teknologi terkini

- PANDU UJI Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Sejak dilancarka­n pada Mei lalu untuk pasaran tempatan, model kenderaan utiliti sukan (SUV) Haval H2 mula mengubah persepsi umum mengenai produk keluaran China dengan menawarkan model yang bukan sahaja bergaya malah berprestas­i.

Penulis berpeluang memandu uji varian premium satu daripada tiga varian yang ada di Malaysia dan model H2 mendapat sambutan baik di negara China dengan jualan mencecah 12,000 unit sebulan dan sudah pasti banyak elemen terkini yang ditawarkan menyumbang kepada penerimaan baik model ini.

Melihat kepada rekaan luaran H2, ia kini tampil lebih elegan dengan inspirasi perekanya yang pernah berkhidmat untuk kenderaan jenama Eropah sebelum ini.

Gril hadapan ciri krom dan perumah lampu hadapan serta lampu nyalaan siang tampil bergaya untuk lebih terang pada malam hari selain jelas pada siang.

Rekaan sisi menyerlah gaya elegan dengan padanan rim dengan saiz 18 inci menjadikan­nya lebih sporty dengan ketinggian keseluruha­n 1,695mm memberi pemandanga­n luas ketika pemanduan.

Bahagian belakang juga dihasilkan dengan lebih elegan termasuk lampu dan brek ketiga pada bahagian spoiler atas menyerlahk­an elemen sporty dan jelas untuk fungsinya.

Ruang dalaman SUV dalam segmen C ini menawarkan pelbagai ciri menarik seperti kerusi bersalut kulit dan enam larasan elektronik untuk pemandu antara yang terbaik dalam segmennya.

Papan pemuka daripada material berkualiti tinggi dan ciri krom serta ruang dalaman gabungan warna gelap dan terang pada bumbung memberikan suasana yang mewah dan luas.

Lampu suasana pada malam hari menambahka­n lagi ciri-ciri premium serta perkataan HAVAL di luar melalui pancaran pada cermin sisi menjadikan ia unik dan tersendiri.

Stereng balutan kulit yang selesa dipegang dengan pelbagai fungsi padanya memberikan kemudahan kepada pemandu terutama untuk menukar sistem audio dan fungsi pelayaran boleh dilakukan dengan mudah.

Untuk hiburan, alatan multimedia menyediaka­n ciri MP5, USB, AUX dengan skrin sesentuh dan radio yang melaras sendiri frekuensi mengikut lokasi tanpa perlu dilakukan secara manual antara yang ada pada model ini.

Juga dengan butang menghidupk­an enjin, bumbung cahaya, lampu suasana dalaman dan penyaman udara dua zon automatik melengkapk­an elemen premium kenderaan ini.

Elemen paling utama ialah enjin 1.5 VVT Pengecaj Turbo yang memberikan prestasi dan pada masa sama ‘rasa’ seperti sebuah enjin daripada kereta buatan negara Jerman yang mampu menghasilk­an kuasa kuda 147hp pada 5,600rpm dan 210NM pada 2,200 hingga 4,500rpm.

Pemanduan pada laluan sesak di tengah kota pula memberi kawalan enjin baik pada kelajuan rendah dan ketika kelajuan tinggi di lebuh raya kelancaran berterusan selain tukaran gear lancar pada pelbagai kelajuan.

Penggunaan bahan api juga efisien dengan satu tangki penuh 55 liter menggunaka­n sekitar 8 liter setiap 100km mengikut corak pemanduan individu dan bebanan penumpang.

Ciri keselamata­n terbaik dilengkapk­an untuk H2 dengan enam beg udara

berserta dua SRS pada keseluruha­n bahagian kenderaan, Brek Anti-Kunci (ABS), Program Kestabilan Elektronik (ESP), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), ISOFIX, kamera undur, sistem kemasukan pintar dan banyak lagi.

Pada pandangan penulis model H2 antara yang terbaik ditawarkan untuk sebuah kenderaan keluaran China serta kemasan luaran dan dalaman termasuk enjin mempunyai sentuhan serta kualiti Eropah menawarkan yang terbaik untuk pembeli.

Selain bergaya, ia dilengkapi ciri keselamata­n terbaik dan menerima anugerah lima bintang untuk Program Penilaian Kereta Baru China (C-NCAP) dengan ciri dan standard mengikut kaedah serta piawaian Eropah.

Model yang import sepenuhnya (CBU) diedarkan secara eksklusif oleh Go Auto Sales Sdn Bhd ditawarkan pada harga atas jalan RM89,950 (Standard Manual), RM98,950 (Comfort Auto) dan RM101,950 (Premium Auto).

Enam pilihan warna disediakan iaitu Hitam Classic/Putih Titanium, Red Haval/Hitam Classic, Coklat Brownish/Putih Titanium, Kelabu Modern, Biru Haval dan Putih Titanium dengan lima tahun waranti atau 150,000 kilometer yang mana lebih dahulu.

 ??  ?? 4
4
 ??  ?? 1
2
3
1 2 3
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? 1. turbo. ENJIN 1.5 VVT pengecaj
2. dengan TEMPAT larasan duduk elektronik. pemandu
3. RUANG penumpang belakang selesa.
4. REKAAN elegan ciri Eropah.
5. RODA stereng dengan punat pelbagai fungsi.
6. SISTEM audio dan multimedia serta kamera undur...
1. turbo. ENJIN 1.5 VVT pengecaj 2. dengan TEMPAT larasan duduk elektronik. pemandu 3. RUANG penumpang belakang selesa. 4. REKAAN elegan ciri Eropah. 5. RODA stereng dengan punat pelbagai fungsi. 6. SISTEM audio dan multimedia serta kamera undur...
 ??  ?? 7
10
9
7 10 9

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia