Harian Metro

JERITAN MAKIN PERLAHAN

Mangsa terselamat dengar sahutan penumpang lain sebelum sepi

-

“Hampir semua penumpang terperosok di bahagian depan bas. Saya tersepit dan ditindih dengan kepala serta badan dipenuhi darah.

“Saya kuatkan semangat dengan menolak tubuh mangsa lain menggunaka­n kaki dan tangan sebelum berjaya keluar melalui bahagian depan bas yang pecah.”

Itu kata Mohamad Juhaify Zakaria, 21, antara penumpang yang terselamat dalam kemalangan bas ekspres yang meragut 14 nyawa manakala 16 lagi cedera di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berhampira­n Kampung Jayor, Pagoh, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 3.40 pagi itu, bas ekspres Alisan

Golden Coach itu dalam perjalanan dari JB Sentral, Johor Bahru ke Terminal Bas Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur sebelum terbabas dan terhumban dalam cerun setinggi kira-kira 10 meter.

Mohamad Juhaify yang juga jururawat pelatih di Hospital Pakar Puteri KPJ, Johor Bahru menaiki bas itu bersama dua rakan sekerja, Muhamad Syafiq Saharuddin, 18, dan Mohamed Taufik Mohamed Kamal, 18.

Dia yang kali pertama menaiki bas pada waktu malam berkata, bas berkenaan bertolak dari JB Sentral kira-kira jam 2 pagi menuju ke TBS dan dia sepatutnya turun di Seremban.

“Saya dan dua rakan duduk di bahagian belakang. Selepas sejam perjalanan, kami tertidur sebelum terkejut apabila bas mula bergoyang diikuti dentuman kuat,”

katanya ketika ditemui di Balai Polis Trafik di sini, semalam.

Mohamad Juhaify berkata, tubuhnya dari pinggang ke bawah tersangkut pada badan penumpang lain.

“Panik dengan kejadian itu, saya mula memanggil nama dua kawan sebelum jeritan saya disambut mereka dan kami menjerit meminta tolong,” katanya.

Menurutnya, pada mulanya ada penumpang yang turut menyahut jeritan mereka, namun selepas beberapa minit jeritan penumpang lain bertambah perlahan dan terus senyap.

“Selepas berjaya menyelamat­kan diri, saya duduk menggigil di tepi bas sambil melihat dua kawan saya bergelut di tengah-tengah penumpang lain untuk keluar.

“Saya menguatkan semangat menghubung­i abang bagi memaklumka­n kemalangan itu sebelum penduduk kampung datang menghulurk­an bantuan,” katanya.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, dia hanya cedera ringan dan bersyukur selamat dalam kemalangan itu dan yakin mereka dilindungi disebabkan doa naik kenderaan yang diamalkan selama ini.

“Saya memang tidak pernah lupa baca doa naik kenderaan setiap kali mahu memulakan perjalanan,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, dia sedih kerana tidak dapat membantu mangsa lain dengan pengetahua­n sebagai jururawat kerana ketika itu dia sendiri cukup terkejut.

Selepas berjaya menyelamat­kan diri, saya duduk menggigil di tepi bas sambil melihat dua kawan saya bergelut di tengah-tengah penumpang lain untuk keluar”

Mohamad Juhaify

Mohamed Taufik pula berkata, dia terjaga daripada tidur dan terkejut selepas mendapati badannya tersepit di bahagian depan bas dengan darah mengalir dari muka dan badan, manakala kaki dan tangan tersangkut di antara tubuh mangsa lain.

“Saya tidak dapat bergerak. Muka dan tubuh saya ditindih mangsa lain menyebabka­n darah mengalir dari kepala ke muka dan seluruh badan saya.

“Ketika itu, saya teringat latihan yang diberikan supaya sentiasa menggerakk­an tangan dan kaki bagi mengelak kebas dan saya menjerit memanggil nama dua rakan,” katanya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Menurutnya, selepas Mohamad Juhaify berjaya menyelamat­kan diri, dia hanya boleh melihat ke arahnya sambil menjerit dan melambai tangan. Katanya, keadaan terlalu gelap menyebabka­nnya tidak boleh melihat apa-apa kecuali terbau darah yang amat kuat, namun lega

apabila pasukan penyelamat tiba tidak lama kemudian.

“Alhamdulil­lah, saya hanya cedera ringan tapi sangat sedih apabila diberitahu 14 daripada penumpang lain terbunuh,” katanya.

Sementara itu, Muhammed Syafiq berkata, dia hanya sedar apabila badannya tersepit di antara penumpang lain dan pada mulanya ada penumpang yang boleh bercakap dan mengerang kesakitan, malangnya suara mereka bertambah perlahan dan terus senyap.

“Saya tidak boleh berbuat apa-apa kecuali menggerakk­an kaki dan tangan serta menunggu pasukan penyelamat menyelamat­kan saya,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MANGSA yang tersepit berjaya dibawa keluar.
MANGSA yang tersepit berjaya dibawa keluar.
 ??  ?? MANGSA bas ekspres terjunam terbaring di sisi kenderaan.
MANGSA bas ekspres terjunam terbaring di sisi kenderaan.
 ??  ?? ANTARA mangsa yang maut di tempat kejadian.
ANTARA mangsa yang maut di tempat kejadian.
 ??  ?? KEADAAN bas ekspres dari
JB Sentral ke Kuala Lumpur yang terjunam ke dalam cerun berhampira­n Kampung Jayor, Pagoh, semalam.
KEADAAN bas ekspres dari JB Sentral ke Kuala Lumpur yang terjunam ke dalam cerun berhampira­n Kampung Jayor, Pagoh, semalam.
 ??  ?? MOHAMAD Juhaify cedera ringan dalam kemalangan ngeri terbabit.
MOHAMAD Juhaify cedera ringan dalam kemalangan ngeri terbabit.
 ??  ?? PEKERJA melakukan kerja pembersiha­n sebaik semua mangsa dibawa keluar.
PEKERJA melakukan kerja pembersiha­n sebaik semua mangsa dibawa keluar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia