Harian Metro

Dapat induk dengan menjala DI Lenggong

- DARI MUKA 1

Beliau berkata, di daerah Lenggong, lomah bersaiz besar boleh mencapai berat antara 300 hingga 400 gram dan spesies berkenaan boleh ditangkap di Tasik Raban.

“Ikan berkenaan menjadi spesies penting bagi penduduk tempatan terutama untuk dibuat pekasam selain telurnya boleh dijadikan makanan istimewa.

“Ia ditangkap nelayan di Tasik Raban dan dijual kepada pengusaha ikan pekasam. Malah, ia dijual di pasar Kampung Kuak dengan harga semasa RM8 sekilogram. Pekasam yang diproses secara tradisiona­l boleh diperolehi di kampung sekitar Tasik Raban.

“Berdasarka­n perangkaan tahunan Jabatan Perikanan menunjukka­n Perak menyumbang kepada pendaratan spesies ini,” katanya.

Katanya, pada tahun 2013, pendaratan lomah adalah 58.80 tan sementara dua tahun kemudian, menurun kepada 18.89 tan atau penguranga­n pendaratan sebanyak 67.8 peratus.

Musim pembiakan lomah di Sungai Rui dan Tasik Raban adalah pada Ogos hingga November setiap tahun.

“Pembiakann­ya berkait rapat dengan musim hujan di Hulu Perak (Gerik dan Lenggong) namun jika dilihat kepada trend hasil tangkapan, spesies ini berkemungk­inan terus pupus disebabkan eksploitas­i sumber yang dilakukan.

“Ini termasuk menangkap ketika musim bertelur selain induk ikan ditangkap secara bebas tanpa kawalan,” katanya.

Jamaludin berkata, lomah bukanlah ikan yanglasakk­eranaakan mati dalam tempoh 24 jam selepas ditangkap walaupun disimpan dalam tangki berisi air.

“Selepas ditangkap, ikan ini mengeluark­an tompok kemerahan di badan sebelum mati. PPPAT giat menjalanka­n penyelidik­an bagi memastikan ikan ini boleh hidup selepas ditangkap dan antara yang dikenal pasti melalui proses pembiakan aruhan secara

 ??  ?? KOLAM asuhan ikan lomah di Pusat Penyelidik­an Perikanan Air Tawar (PPPAT) Galmi Lemi, Jelebu.
KOLAM asuhan ikan lomah di Pusat Penyelidik­an Perikanan Air Tawar (PPPAT) Galmi Lemi, Jelebu.
 ??  ?? PEMBANTU Penyelidik Kanan PPPAT, Ramley Abu Bakar melepaskan ikan
lomah dalam kolam pembiakan.
PEMBANTU Penyelidik Kanan PPPAT, Ramley Abu Bakar melepaskan ikan lomah dalam kolam pembiakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia