Harian Metro

Kreativiti bina struktur aiskrim

- Dari muka 15

Sesuai dengan slogan jenama berkenaan ‘Let Kids be Kids’, acara itu diadakan untuk membawa keriangan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever (Malaysia) Holdings Bhd Shiv Sahgal berkata, pihaknya berbangga dan gembira kerana dapat menganjurk­an acara berkenaan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik.

“Kami berasa amat bertuah dan bangga kerana dapat menganjurk­an acara ini yang selari dengan hasrat Paddle Pop untuk menggalakk­an anak yatim ini menikmati zaman kanak-kanak mereka dengan melakukan aktiviti yang menyeronok­kan serta mencabar.

“Wajah mereka yang tersenyum riang ketika menyertai aktiviti ini membuatkan kami berasa gembira. Semoga mereka semua menghargai detik ini sama seperti kami,” katanya.

Ujarnya, acara berkenaan turut disokong oleh Pelan Kehidupan Lestari Unilever yang bertujuan memberi sumbangan kepada masyarakat setempat. Hadir sama pada majlis perasmian acara berkenaan, Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland Malaysia Thila Munusamy.

Program berkenaan satu daripada pelbagai platform jenama itu untuk berinterak­si dengan kanakkanak dan menyediaka­n persekitar­an menerokai dunia sekeliling, kekal aktif serta menikmati keseronoka­n zaman kecil mereka.

Acara yang dinanti itu dimulakan dengan program tarian bertenaga bersama maskot singa Paddle Pop, pertanding­an teka-teki dan replika cabaran memadam kebakaran.

Kanak-kanak turut berpeluang merasai keseronoka­n menaiki permainan LEGO NINJAGO The Ride, tarikan terbaru yang terdapat di taman tema berkenaan.

Kemuncak acara apabila mereka diberi peluang menyerlahk­an daya kreativiti dengan membina struktur aiskrim impian menggunaka­n batang dan pembalut aiskrim Paddle Pop, yang menjadi aktiviti akhir sebelum beredar pulang.

Pada masa sama, mereka turut dihiburkan dengan persembaha­n muzik, makanan dan diberikan hadiah menarik. Program selama sehari itu disertai kanak-kanak berumur antara enam hingga 15 tahun.

Mereka adalah penghuni rumah anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing, Agape Shelter Kluang, Pertubuhan Kebajikan Shan De Johor Bahru, Pusat Kebajikan Kalvari Johor, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi, Pusat Kebajikan Care Haven Johor dan Grace Manna Home.

Pada 2014, Paddle

Pop dan LEGOLAND berjaya memecahkan rekod Malaysia Book of Records untuk ‘Lukisan Terbesar yang Dihasilkan oleh Kanak-Kanak’.

Inisiatif untuk tahun ini memberi tumpuan dalam menggalakk­an kanak-kanak menjadi diri mereka sendiri sambil menikmati pelbagai aktiviti menyeronok­kan.

Tahun ini, semuanya adalah mengenai kanakkanak ini dan memastikan mereka mendapat manfaat daripada hari yang penuh keriangan dengan permainan merangsang imaginasi serta mencetuska­n keseronoka­n selain pertanding­an yang menggalakk­an persaingan sihat. -Hajahfarha­na Tarmudi

 ??  ?? KANAK-KANAK yang diraikan pada acara berkenaan.
KANAK-KANAK yang diraikan pada acara berkenaan.
 ??  ?? PESERTA sempat bermain Dragon Apprentice ketika menyelesai­kan cabaran.
PESERTA sempat bermain Dragon Apprentice ketika menyelesai­kan cabaran.
 ??  ?? SHIV Sahgal (dua dari kiri) dan Thila bersama maskot singa serta Ninjago pada majlis perasmian acara berkenaan.
SHIV Sahgal (dua dari kiri) dan Thila bersama maskot singa serta Ninjago pada majlis perasmian acara berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia