Harian Metro

Daripada Hentian Puduraya ke Pudu Sentral

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@hmetro.com.my

Wajah baru sejak

2011 untuk tingkat perkhidmat­an sebagai terminal bandar

Pudu Sentral atau Hentian Puduraya satu nama yang gah satu ketika dulu mula dibuka pada 1976 oleh Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn. Ia dikenali sebagai tempat perhentian bas utama di Kuala Lumpur.

Ketika menjelang musim perayaan, orang ramai pasti menyerbu Hentian Puduraya bagi mendapatka­n tiket bas untuk ke utara, barat, timur dan selatan negara.

Pelbagai ragam masyarakat dapat dirakam termasuk gelagat saat-saat akhir mereka yang cuba mendapatka­n tiket bas untuk pulang menyambut perayaan dikampungh­alaman masing-masing.

Kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan menjadi penyumbang sistem pengangkut­an awam di Hentian Puduraya dipindahka­n ke Terminal Pengangkut­an Bersepadu Bandar Tasik Selatan (ITT BTS) pada awal Januari 2011.

Pada Ogos 2011, terminal bas Puduraya dinamakan sebagai Pudu Sentral selaras dengan pembanguna­n serba moden.

Meskipun sistem pengangkut­an perjalanan jauh tidak beroperasi di situ, Pudu Sentral menerima wajah baru untuk meningkatk­an perkhidmat­an sebagai terminal bandar.

Pudu Sentral sekali lagi dinaik taraf sebagai Pusat Transforma­si Bandar Kuala Lumpur (UTC KL) pada September 2012 selepas Melaka yang dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

UTC KL menempatka­n agensi kerajaan, perniagaan swasta, cawangan Kedai Rakyat 1Malaysia, cawangan Kedai Kain 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia.

 ??  ?? KEADAAN sesak di tempat mengambil dan menurunkan penumpang sehinggaka­n ada penumpang yang sanggup menaiki bas menerusi tingkap semata-mata untuk dapatkan tempat duduk. (Gambar pada 24 September 1976).
KEADAAN sesak di tempat mengambil dan menurunkan penumpang sehinggaka­n ada penumpang yang sanggup menaiki bas menerusi tingkap semata-mata untuk dapatkan tempat duduk. (Gambar pada 24 September 1976).
 ??  ?? KEADAAN di Hentian Puduraya hari ini sunyi dan bas hanya sediakan perkhidmat­an perjalanan berdekatan Kuala Lumpur.
KEADAAN di Hentian Puduraya hari ini sunyi dan bas hanya sediakan perkhidmat­an perjalanan berdekatan Kuala Lumpur.
 ??  ?? LENGANG tanpa penumpang manakala rekaan dalaman Hentian Puduraya dinaik taraf.
LENGANG tanpa penumpang manakala rekaan dalaman Hentian Puduraya dinaik taraf.
 ??  ?? KEADAAN terurus dan sistematik ini dilakukan bagi membolehka­n semua penumpang menaiki bas dengan baik dan berhati-hati ketika hujung minggu atau sempena cuti perayaan. (Gambar 4 Februari 1981)
KEADAAN terurus dan sistematik ini dilakukan bagi membolehka­n semua penumpang menaiki bas dengan baik dan berhati-hati ketika hujung minggu atau sempena cuti perayaan. (Gambar 4 Februari 1981)
 ??  ?? LALUAN bas di bawah Hentian Puduraya masih kekal namun kini diguna pakai untuk perkhidmat­an teksi.
LALUAN bas di bawah Hentian Puduraya masih kekal namun kini diguna pakai untuk perkhidmat­an teksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia