Harian Metro

Bimbang rumah dilelong

„ Ibu tunggal malu ke pejabat JKM kerana kediaman besar selain berpelajar­an tinggi

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@hmetro.com.my

Tiga beradik memakai pakaian lusuh ke sekolah dan ibu mereka mungkin hanya tinggal di rumah ‘besar’ di Taman Ayer Keroh Height, di sini, selama enam bulan saja lagi berikutan kediaman itu berkemungk­inan dilelong pihak bank.

Difahamkan, kediaman itu dalam perhatian bank berikutan kegagalan ibu mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnah berusia 40-an membayar ansuran yang tertunggak empat bulan.

Akhbar ini semalam melaporkan kepayahan dilalui wanita itu sehingga tidak mampu menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an dan pakaian seragam baharu kepada tiga anaknya yang memulakan sesi persekolah­an 2017, kelmarin.

Wanita itu berkata, sebelum ini dia mempunyai pekerjaan tetap, namun berhadapan masalah membayar ansuran kediaman berkenaan selepas berhenti kerja.

Katanya, ketiadaan pendapatan tetap dan bergantung kepada upah mengajar tuisyen dari rumah ke rumah turut menyebabka­n dia kerap berhadapan masalah kewangan.

“Bulan lalu saya terima notis daripada pihak bank mengarahka­n membayar tunggakan.

“Kini saya resah kalau kediaman dibeli ketika bekerja beberapa tahun lalu dilelong.

“Sebolehnya saya cuba bayar, tetapi tidak mampu. Bagi mempertaha­nkan rumah itu saya dapatkan bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan pegawai itu sedang menguruska­nnya,” katanya.

Hasnah ditemui ketika menerima sumbangan disampaika­n Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Keroh dan wakil Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Keroh, semalam.

Ibu tunggal itu memberitah­u walaupun berhadapan masalah kewangan, dia sebolehnya tidak mahu menyusahka­n pihak lain kerana lebih selesa berusaha sendiri membesarka­n tiga anak.

Katanya, dia malu memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana memiliki rumah besar, selain berpelajar­an tinggi.

“Saya risau permohonan ditolak jika pegawai JKM lihat rumah kami.

“Malah, saya juga keberatan mohon bantuan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) kerana anak bukan lahir di negeri Melaka.

“Sebenarnya saya bukan jenis yang suka meminta-minta kerana selesa berusaha sendiri. Insya-Allah mungkin ada rezeki untuk kami nikmati bantuan TAPEM selepas ini,” katanya.

Tiga beradik itu, Farid Mohd Zakaria, 17, Julie Khaltum, 8, dan Fatimah Zahara, 7, memakai pakaian seragam diberi jiran berikutan ibu mereka tidak mampu menyediaka­n kelengkapa­n itu.

Farid yang memperoleh keputusan cemerlang 8A2B pada peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) lalu melupakan tawaran melanjutka­n pengajian ke Maktab Tentera Diraja (MTD) kerana ibunya tidak berkemampu­an.

Remaja itu dan dua lagi adik perempuann­ya tidak merungut dengan kesempitan hidup dihadapi, sebaliknya bersyukur dengan apa yang mampu disediakan oleh ibu mereka.

Kedaifan Farid turut mendapat perhatian guru yang menyediaka­n bantuan makanan percuma di sekolah, tidak kurang yang menjelaska­n yuran persekolah­annya.

 ??  ?? KEDIAMAN tiga beradik di Taman Ayer Keroh Height.
KEDIAMAN tiga beradik di Taman Ayer Keroh Height.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia