Harian Metro

‘Maafkan kami...’

„ Kumpulan anak muda panjat mercu tanda IPOH akui kesilapan

- Balqis Jazimah Zahari am@hmetro.com.my

“Saya mohon maaf kepada semua pihak dan kami tahu perbuatan (memanjat arca gergasi IPOH) itu salah,” kata Norfarihah Baharudin, 24, seorang daripada remaja yang mengempark­an negara apabila memanjat arca gergasi perkataan ‘IPOH’ di sini, baru-baru ini.

Norfarihah yang bertindak sebagai jurucakap kepada kumpulan remaja berkenaan mengakui kesilapan mereka dan memohon maaf atas perbuatan itu.

Beliau dalam nada kesal mengakui dia bersama rakan lain sememangny­a berhasrat memohon maaf lebih awal sebaik mengetahui gambar dan video mereka menjadi tular, namun tidak berpeluang berbuat demikian selepas dikecam hebat oleh netizen.

“Harap semua faham, apabila dikecam masyarakat kami tidak berpeluang untuk memberi penjelasan dan memohon maaf, malah setiap percakapan yang mahu diperkatak­an juga takut untuk diucapkan.

“Kami mahu meminta maaf kepada masyarakat, memang kami tahu perbuatan ini salah,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Jawatankua­sa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, semalam

Norfarihan ditemani empat rakannya iaitu Azlina Azmin, 21, Nor Farina Baharudin, 22, serta Muhammad Zaki Nasarruddi­n dan Muhammad Faiz Roslee, masing-masing berusia 23 tahun.

Katanya, dia dan rakannya memang berpengala­man dalam melakukan aktiviti lasak termasuk melakukan tugas lagak ngeri secara sambilan bagi penggambar­an filem, malah sering mendaki bukit dan gunung yang kebanyakan­nya di luar negara seperti Thailand dan Vietnam.

“Kami memiliki pengalaman dalam aktiviti lasak. Jadi ketika naik kami sebenarnya sudah memikirkan soal keselamata­n cuma tidak menyangka perkara begini (tular dan dikecam) akan berlaku. Kami memilih mercu tanda IPOH itu kerana keunikanny­a,” katanya.

Norfarihah menegaskan, gambar dan video tindakan itu bukan disebarkan mereka, sebaliknya dilakukan pihak yang menemu bualnya dan kemudian dimuat naik dalam laman media sosial sebelum menjadi tular.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara dilakukan kumpulan itu serta seorang lagi lelaki yang memanjat kren yang menjadi tular boleh membahayak­an diri mereka dan orang lain.

“Saya tidak menyatakan sifat mereka tidak baik, sikap berani itu baik dan mereka mempunyai bakat, tetapi tidak disalurkan di tempat yang betul. Saya sudah meminta Datuk Shahrul Zaman melihat minat dan kelainan mereka itu dengan mengadakan satu kerjasama seperti mungkin menubuhkan kelab mendaki khusus agar dapat berinterak­si dengan mereka dan membimbing anak muda ini,” katanya.

Sementara itu, Shahrul Zaman berkata, beliau menasihati kumpulan berkenaan menyalurka­n keberanian yang mereka miliki itu secara positif dan mematuhi undang-undang.

“Kita menegaskan kepada kumpulan berkenaan kerajaan negeri melihat apa yang mereka lakukan itu tetap satu kesalahan.

“Namun, mereka sudah menyatakan kekesalan serta kekhilafan dan kita sedia maklum kerana jiwa dan darah muda menyebabka­n kadangkala mereka terlanjur melakukan perkara salah walaupun niat mereka semata-mata kerana minat,” katanya yang turut bercadang mahu menubuhkan Silveryout­h Climber pada masa hadapan.

“Harap semua faham, apabila dikecam masyarakat kami tidak berpeluang untuk memberi penjelasan dan memohon maaf, malah setiap percakapan yang mahu diperkatak­an juga takut untuk diucapkan” Norfarihah Baharudin

 ??  ?? SHAHRUL Zaman (kanan) mengadakan pertemuan dengan remaja yang memanjat mercu tanda IPOH di Bangunan Perak
Darul Ridzuan, semalam.
SHAHRUL Zaman (kanan) mengadakan pertemuan dengan remaja yang memanjat mercu tanda IPOH di Bangunan Perak Darul Ridzuan, semalam.
 ??  ?? REAKSI remaja yang memanjat mercu tanda IPOH ketika ditemui di Bangunan Perak Darul Ridzuan, semalam.
REAKSI remaja yang memanjat mercu tanda IPOH ketika ditemui di Bangunan Perak Darul Ridzuan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia