Harian Metro

Jongkong emas dalam rumah

„ Serbuan SPRM di kediaman KSU rampas barangan mewah lebih RM3 juta

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

SPRM menemui lebih 150 beg tangan dan jam tangan mewah pelbagai jenama selain jongkong emas dan wang tunai

Jongkong emas, beg tangan berjenama dan jam tangan mewah bernilai lebih RM3 juta antara barangan dirampas pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai milik Ketua Setiausaha (KSU) Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, semalam.

Rampasan dilakukan di rumah suspek terletak di Subang Jaya, Selangor, pagi semalam.

Sumber berkata, suspek bergelar Datuk berusia 59 tahun itu disyaki sudah menyalahgu­nakan kuasa jawatan dan kedudukann­ya bagi tujuan menerima rasuah sejak tahun 2010.

Katanya, suspek juga dipercayai terbabit secara langsung dalam pelantikan kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentinga­n.

“SPRM yang berada di rumah suspek utama itu hampir 12 jam menemui lebih 150 beg tangan dan jam tangan mewah pelbagai jenama selain jongkong emas dan wang tunai.

“Semua itu dipercayai diperoleh hasil wang suapan daripada syarikat yang berkepenti­ngan sejak dilantik sebagai pegawai kerajaan negeri bermula tahun 2010,” katanya.

Menurutnya, suspek berkenaan yang memegang jawatan KSU itu sejak 16 Oktober 2015 juga adalah ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, SPRM juga sudah merampas sejumlah dokumen daripada peguam suspek di pejabatnya di Puchong yang dipercayai dapat membantu siasatan SPRM.

“Hasil risikan mendapati suspek sudah ke luar negara baru-baru ini dan bermain golf bersama rakan-rakannya.

“SPRM kini sedang menyiasat jika perjalanan dan perbelanja­an suspek dibiayai oleh individu tertentu,” katanya.

Sebelum kementeria­n ini, katanya, suspek juga pernah menyandang jawatan yang sama di kementeria­n yang lain lebih setahun.

Sementara itu Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, KSU Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dipercayai menyalahgu­nakan kuasa jawatan dan kedudukann­ya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepenti­ngan.

Katanya, turut ditahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentinga­n dengan suspek pertama.

“Setakat ini, SPRM sudah merampas dan menyita wang tunai dan jongkong emas yang dianggarka­n bernilai RM3 juta.

“Kedua-dua suspek ditahan di sekitar Subang Jaya kira-kira jam 8 pagi semalam,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Beliau ketika dihubungi turut tidak menolak kemungkina­n lebih ramai suspek ditahan berhubung tangkapan itu.

 ??  ?? ANTARA barangan berharga yang dirampas SPRM dalam serbuan ke atas rumah suspek di Subang Jaya.
ANTARA barangan berharga yang dirampas SPRM dalam serbuan ke atas rumah suspek di Subang Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia