Harian Metro

Jeritan bawah besi perancah

-

Dengkil: “Kedengaran bunyi runtuhan kuat disusuli jeritan beberapa pekerja yang cedera sejurus dihempap besi perancah yang jatuh dari tingkat 29 bangunan dalam pembinaan itu,” kata salah seorang pekerja dikenali sebagai Ari, 36, di sebuah tapak pembinaan Kampung Sungai Buah, di sini.

Katanya, kemalangan berlaku kira-kira jam 9.30 pagi Isnin lalu, ketika kumpulan pekerja sedang membuka perancah di tingkat 29 sebelum besi itu terjatuh dan menimpa mereka yang berada di tingkat lima bangunan dalam pembinaan itu.

“Ketika itu, saya berada berhampira­n bangunan berkenaan dan dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat sebelum mendengar jeritan beberapa pekerja meminta tolong. Saya bergegas ke lokasi kejadian untuk menghulurk­an bantuan,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di lokasi kejadian, semalam.

Kejadian itu mengakibat­kan seorang buruh binaan warga Indonesia maut, manakala lapan lagi pekerja cedera selepas dihempap besi perancah itu.

Ari berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Serdang oleh pihak pemaju untuk menerima rawatan lanjut.

“Difahamkan semua mangsa yang mengalami kecederaan kini dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, mangsa, Eko Purnomo, 42, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mangsa dikatakan tidak sempat menyelamat­kan diri sebelum dihempap besi perancah yang jatuh dari tingkat atas menyebabka­n dia cedera parah di kepala.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Kejadian itu menjadi tular di media sosial semalam apabila gambar mangsa yang cedera didedahkan oleh pihak tertentu.

Anehnya pihak Bomba dan Penyelamat Bangi tidak dimaklumka­n berhubung kejadian itu oleh pengurusan tapak projek pembinaan sehinggala­h gambar insiden itu mula menjadi tular di media sosial.

 ??  ?? PEKERJA binaan membantu mengalihka­n besi perancah yang jatuh.
PEKERJA binaan membantu mengalihka­n besi perancah yang jatuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia