Harian Metro

Eziana menyepi

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

„ Estranged minta wanita selesai kes tawaran konsert di London

Kumpulan Estranged meminta wanita bernama Eziana Abdul Aziz tampil menyelesai­kan kes penipuan tawaran konsert Rockfest anjuran Apple Music di London pada 25 Disember lalu.

Anggota Estranged yang terdiri daripada Solihuddin Hormat, 32, Richard Lawrence Gimbang, 34, dan Nor Hanafi Noor Hadi, 34, menerusi peguam mereka mengemukak­an saman kepada Eziana pada 23 Disember lalu.

Menurut Solihuddin, wanita itu kini gagal dihubungi selepas menyedari tembelangn­ya pecah namun mendapati dia masih aktif di Facebook.

“Peguam kami turut memaklumka­n kepada Eziana mengenai saman kami menerusi Facebook dan e-mel, namun dia tidak memberi sebarang jawapan.

“Wanita itu rakyat Malaysia yang menetap di London dan kami percaya dia masih di sana,” katanya dalam sidang media di Desa Sri Hartamas, di sini, semalam.

Solihuddin berkata, Estranged menuntut bayaran saman yang berjumlah RM100,000 daripada Eziana sebagai kos ganti rugi dan teladan.

“Kes ini menyebabka­n kami tertekan pada masa sama berasa malu kerana menghebahk­an mengenai konsert itu kepada media. “Malah, kami menolak tawaran persembaha­n dari Oktober hingga Disember kerana mahu fokus terhadap konsert berkenaan,” katanya.

Menurutnya, penipuan wanita itu disedari mereka selepas menerima e-mel mendakwa wang pendahulua­n £5,000 (RM25,000) ke akaun syarikat milik Estranged disekat Bank Negara.

“Ketika itu, barulah kami tersedar ditipu Eziana berikutan e-mel terbabit meminta kami menyerahka­n maklumat peribadi untuk meneruskan transaksi itu,” katanya.

Dalam pada itu, Solihuddin berkata, Estranged lebih berhati-hati ketika menerima undangan di laman sosial supaya kejadian sama tidak berulang pada masa depan.

“Kami sudah biasa menerima undangan persembaha­n menerusi Facebook. Jadi, pada mulanya memang kami tidak mengesyaki apa-apa kerana segala dokumen dikemukaka­n wanita itu kelihatan betul.

“Lagipun kami bertemu dengannya dua kali di ibu kota,” katanya.

 ??  ?? KUMPULAN Estranged tuntut gantirugi daripada wanita bernama Eziana Abdul Aziz.
KUMPULAN Estranged tuntut gantirugi daripada wanita bernama Eziana Abdul Aziz.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia