Harian Metro

Shahz Jaszle kini faham pengorbana­n isteri

-

Kuala Lumpur: Pelakon, Shahz Jaszle dikurniaka­n cahaya mata kedua yang juga bayi lelaki, Isnin lalu.

Bayi yang diberi nama Ryden Jasreen Jaszle itu dilahirkan dengan berat 3.3 kilogram di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh pada jam 4.19 petang.

Shahz, 29, berkata, dia bersyukur kerana bayi dan isterinya, Nur Hanis Husna, 21, kini sihat.

“Ini adalah pengalaman pertama saya menemani isteri sepanjang proses bersalin. Ketika isteri saya melahirkan anak pertama, Alana Jasneen yang kini berusia satu tahun enam bulan, saya tidak dapat menemaniny­a kerana berada di tempat penggambar­an. Jadi, kali ini saya ada di sisinya dan ia memang memang perasaan yang sangat berbeza,” katanya.

Menurut Shahz atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, dia dapat merasakan pengorbana­n seorang isteri dan ibu apabila berpeluang melihat sendiri proses bersalin yang dilalui isterinya.

“Ketika itu, perasaan saya bercampur baur. Ada rasa sedih dan pada masa sama teruja. Sekarang saya lebih faham pengorbana­n seorang isteri yang bergelar ibu,” katanya.

Menurut Shahz, dia berehat di rumah bagi menjaga dan meluangkan masa bersama isteri dan dua anaknya.

“Saya akan bercuti sebulan bagi menemani mereka. Isteri saya akan menjalani tempoh berpantang di rumah kami di Kota Damansara.

“Kalau ketika berpantang selepas kelahiran anak pertama, isteri berpantang mengikut cara tradisiona­l masyarakat Cina memandangk­an ibu saya berketurun­an Cina.

“Kali ini, dia berpantang mengikut cara tradisiona­l masyarakat Melayu. Selepas itu, barulah saya kembali ke set penggambar­an hujung bulan ini,” katanya.

 ??  ?? SHAHZ Jaszle
SHAHZ Jaszle

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia