Harian Metro

205 pemandu masih ulang kesalahan

-

Kuala Lumpur: Sikap degil dan keras kepala terus ditunjukka­n 205 pemandu bas ekspres yang masih melakukan pelbagai kesalahan serius jalan raya sepanjang operasi Op Jalan dilakukan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Malaysia di seluruh negara selama enam hari dilakukan.

Antara kesalahan paling kerap dikesan adalah gemar memecut laju dan memandu di lorong paling kanan lebuh raya selain tiada pemandu kedua.

Itu dinyatakan Pengarah Penguatkua­saan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk V Valluvan selepas mengesan puluhan pemandu bas ekspres masih melakukan kesalahan sama sepanjang Op Jalan sempena cuti perayaan Krismas dan Tahun Baru 2017.

Menurutnya, meskipun amaran diberikan hampir setiap hari kepada pemandu kenderaan berat namun peraturan itu diingkari.

“Dalam Kaedah 4A, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, pemandu kenderaan barang atau kenderaan perkhidmat­an awam tidak boleh secara berterusan menggunaka­n lorong paling kanan di mana-mana lebuh raya kecuali untuk memotong.

“Mereka yang melanggar peraturan ini boleh dikompaun sebanyak RM300,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Beliau berkata, bagi membolehka­n mereka terus memandu di lorong kanan, pemandu kenderaan berat terutama bas ekspres akan memandu pada kelajuan tinggi.

“Mereka tidak fikirkan nyawa penumpang di bawah tanggungja­wab mereka sebaliknya berlumba untuk tiba di destinasi masing-masing sebelum meneruskan perjalanan dengan trip seterusnya.

“Melalui penyamaran dilakukan anggota JPJ sebagai penumpang bas ekspres melalui operasi Op Jalan, mereka mengesan 27 pemandu yang melakukan kesalahan memandu di lorong kanan selain memandu pada kelajuan tinggi,” katanya.

Katanya, dua pegawai JPJ ditugaskan dalam satu bas ekspres secara rambang dengan mengenakan pakaian biasa demi memastikan pemandu bas mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan.

“Pegawai yang ditempatka­n di dalam bas itu akan menilai tahap pemanduan dan jika mereka melakukan kesalahan, pegawai kami akan terus mengeluark­an saman setibanya ke destinasi dituju,” katanya.

Menurutnya, operasi penyamaran pegawai JPJ dalam bas ekspres itu bukan bertujuan mencari kesalahan pemandu bas, tetapi meningkatk­an kesedaran supaya mereka mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan.

“Kita bukan nak kenakan hukuman, tetapi saya lihat ini sebagai satu inisiatif untuk menyelamat­kan nyawa orang ramai daripada menjadi mangsa nahas korban jalan raya,” katanya.

Pada masa sama pegawai JPJ juga melakukan pemeriksaa­n teknikal terhadap bas ekspres dalam dua fasa pemeriksaa­n iaitu 24 hingga 26 Disember dan 30 Disember hingga 2

Januari 2017 di semua 82 depoh bas di seluruh negara dalam tempoh operasi berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia