Harian Metro

Nor Azimah sudah pulang

- Iskandar Shah Mohamed dan Suraya Roslan am@hmetro.com.my

„ Wanita hilang ketika tunai umrah bersama ibu bapa setahun lalu dijumpai

“Saya hanya diberitahu pihak kedutaan di sana (Jeddah), Nor Azimah bekerja sebagai pembantu rumah dengan beberapa penduduk Madinah yang membantuny­a di sana sepanjang kehilangan­nya. Selebihnya kami tidak tahu kerana dia masih dalam keadaan bingung,” kata Ibrahim Abdul Rahman, 55, bapa kepada Nor Azimah Ibrahim, 32, yang hilang di Madinah sejak lebih setahun lalu.

Ibrahim berkata, anaknya itu masih kelihatan keliru dan susut berat badan ketika ditemui di pejabat Imigresen Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.

“Saya tidak mahu bertanya sebarang soalan lagi kerana mahu dia menenangka­n diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor, semalam.

Katanya, dia dihubungi pegawai imigresen jam 3 petang semalam memaklumka­n Nor Azimah selamat tiba dari Jeddah dan mereka diminta menjemput wanita itu.

“Saya dan keluarga bersyukur Nor Azimah kembali semula ke pangkuan keluarga selepas lebih setahun hilang dan Alhamdulil­lah, permintaan kami dimakbulka­n Allah SWT.

“Buat masa ini, kami akan menghantar Nor Azimah pulang ke kampung di Johor supaya dia dapat menenangka­n diri,” katanya.

Sementara itu, Konsul Besar Malaysia di Jeddah Mohamad Ali Selamat berkata, pihaknya dimaklumka­n oleh pihak berkuasa Arab Saudi Nor Azimah ditahan di pusat tahanan imigresen negara itu sejak 13 Disember lalu.

“Kami kemudian berusaha membawa Nor Azimah pulang ke Malaysia termasuk menguruska­n urusan dokumentas­i dan urusan membawanya pulang ke tanah air.

“Alhamdulil­lah, dia selamat tiba di Malaysia melalui penerbanga­n Malaysia Airlines MH151 jam 12 tengah hari tadi (semalam) dan dijemput ibu bapanya di KLIA,” katanya.

Nor Azimah mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun dan berasal dari Seksyen 30, Shah Alam, Selangor, berlepas ke Tanah Suci bersama ibu bapanya untuk mengerjaka­n umrah pada 11 Disember 2015.

Bagaimanap­un, pada 19 Disember, Nor Azimah tidak mengikut ibu bapanya menziarahi lokasi bersejarah di Madinah kerana mahu menumpukan kepada ibadat di masjid sebelum dikesan hilang.

 ??  ?? IBRAHIM dan isteri bersyukur dengan kepulangan Nor Azimah.
IBRAHIM dan isteri bersyukur dengan kepulangan Nor Azimah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia