Harian Metro

RANJAU IKATAN UKHUWAH

-

„ Pelarian Rohingya sudah menetap lebih 30 tahun di Bangladesh tolong pelarian baru tiba di Teknaf Misi hantar bantuan sumbangan rakyat Malaysia berdepan

ujian

Seperti kaum Ansar di Madinah membantu kedatangan Muhajirin Makkah ketika episod penghijrah­an Rasulullah SAW pada 1438 tahun lalu.

Rasanya, itu gambaran sesuai mengenai pertolonga­n diberikan pelarian Rohingya yang sudah hampir 30 tahun berada di sini kepada pelarian yang baru tiba sejak konflik baru tercetus di Arakan, Myanmar pada 9 Oktober tahun lalu.

Tidak boleh diketepika­n juga keprihatin­an penduduk tempatan di daerah ini yang turut memberi pertolonga­n setakat termampu kepada pelarian Rohingya yang baru tiba, biarpun mereka sendiri hidup serba kekurangan.

Rumusan itu dibuat selepas penulis bersama peserta misi bantuan kemanusiaa­n Muslim Care Malaysia Soceity (Muslim Care) berjaya menjenguk sebentar Kem Kutupalong dan kawasan sekitarnya, di sini, semalam.

Kem Kutupalong ibarat satu perkampung­an besar yang dihuni lebih 50,000 pelarian Rohingya, ada yang hampir 26 tahun lalu selepas mereka datang ke sini ketika konflik tercetus di Arakan pada 1991.

Penulis bersama jurugambar dan tiga wakil Muslim Care tiba di bandar Cox’s Bazar, lebih kurang 60 kilometer dari Kem Kutupalong pada petang Selasa lalu untuk menghulurk­an sumbangan kepada pelarian Rohingya.

Urusan kami untuk masuk ke dalam kem bukan mudah kerana peraturan pihak berkuasa Bangladesh tidak membenarka­n ‘orang luar’ terutama dari luar Bangladesh berbuat demikian.

Petang kelmarin, hasil bantuan seorang aktivis hak asasi manusia tempatan yang banyak terlibat dengan program kebajikan untuk penghuni Kem Kutupalong, kami dimaklumka­n kebenaran masuk ke kem dan menghulurk­an sumbangan berjaya diperoleh.

Bagaimanap­un, kami diberi masa cuma sejam dan kami juga tidak dibenarkan masuk mengikut pintu utama, sebaliknya melalui lorong kecil dari kampung berhampira­n. Bagi kami, itu sudah mencukupi.

Namun, pagi semalam sebelum kami bertolak dari Cox’s Bazar kebenaran itu ditarik balik, sekali gus menyebabka­n rakan aktivis yang membantu kami pening kepala kerana perlu memikirkan cara lain untuk menghulurk­an sumbangan.

Akhirnya, dengan bantuan penduduk tempatan yang juga pemimpin komuniti di kampung bersebelah­an, matlamat kami berjaya dilaksanak­an.

Penduduk itu membenarka­n kami menggunaka­n kawasan halaman rumahnya untuk sesi pengagihan bantuan.

Timbalan Presiden Muslim Care yang juga ketua misi, Johari Ismail berkata pihaknya memperuntu­kkan RM40,000 hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk membeli barangan makanan yang amat diperlukan oleh pelarian Rohinga, terutama yang baru tiba.

“Kami mengagihka­n 1,000 pek makanan yang setiap satu kosnya

RM40. Setiap pek mengandung­i 10 kilogram (kg) beras, minyak masak, bawang dan garam yang setiap satu seberat 1kg serta 500 gram cili kering,” katanya.

Sebaik saja van yang kami naiki tiba, perasaan mula sebak melihat ratusan pelarian berbaris untuk menerima bantuan sambil memegang kupon yang diberikan lebih awal.

Tak sampai 30 minit dan belumpun sesi pengagihan selesai, kami terpaksa meninggalk­an lokasi kerana dimaklumka­n ratusan pelarian yang tidak berkupon mula datang ke situ untuk meminta sumbangan.

Jika terlampau ramai pelarian berkumpul, keadaan akan menjadi tidak terkawal dan boleh mengundang kehadiran pihak berkuasa yang mengawal kem dan meronda kawasan sekitar.

Kami menyerahka­n baki barangan yang belum diagihkan kepada aktivis yang membantu untuk diagihkan kemudian.

Kami meninggalk­an kawasan itu dengan perasaan terkilan dan penulis meminta aktivis terbabit meneruskan cubaan

untuk memboleh-

 ??  ??
 ??  ?? PELARIAN etnik Rohingya beratur menerima bantuan ketika misi bantuan kemanusian Rohingya Musilm Care.
PELARIAN etnik Rohingya beratur menerima bantuan ketika misi bantuan kemanusian Rohingya Musilm Care.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia