Harian Metro

‘Tiba-tiba dia tergelinci­r dan tenggelam’

-

Kota Bharu: “Adik mengayuh basikal mengharung­i air sedalam hampir setengah meter. Tiba-tiba dia tergelinci­r dan tenggelam bersama basikal serta lemas,” kata Muhammad Faiz Mohd Afendi, 12, menceritak­an kejadian menimpa adiknya Muhammad Fitri, 10, yang dihanyut air banjir di Kampung Cerating dekat Nilam Puri, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, Muhammad Fitri, 10, sempat diselamatk­an orang ramai, namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini.

Muhammad Faiz berkata, ketika kejadian dia dan arwah adiknya dalam perjalanan pulang ke rumah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Keling.

“Kami mengayuh basikal beriringan tetapi adik tiba-tiba hilang dan apabila saya toleh ke belakang, dia sudah terjatuh.

“Saya cuba untuk menyelamat­kannya tetapi gagal kerana dibawa arus dan meminta tolong penduduk kampung untuk menyelamat­kan adik,” katanya di sini semalam.

Bapa mangsa, Mohd Afendi Abdul Hamid, 40, berkata, kejadian diketahui sebaik dimaklumka­n penduduk kampung dan bergegas ke lokasi yang jaraknya satu kilometer dari rumah mereka di Kampung Nilam Baru.

Katanya, sebaik tiba, Muhammad Fitri yang juga anak ketiga daripada empat beradik ketika itu sudah dihantar ke HUSM menaiki ambulans.

“Sebelum kejadian itu, saya ke sekolahnya dan sempat membawa pulang beg mereka sementara mereka mengayuh basikal.

“Kemungkina­n ketika dalam perjalanan pulang itu mereka singgah di kedai untuk membeli makanan dan saya tidak menyangka mereka akan melalui jalan yang dinaiki air.

“Apapun, kami sekeluarga reda dengan pemergian Muhammad Fitri kerana sudah ditakdirka­n,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superinten­dan Setapa Yusoff ketika dihubungi mengesahka­n kejadian berkenaan.

Menurutnya, ibu bapa perlu mengawasi anak masing-masing supaya tidak bermain air di kawasan banjir atau tali air pada musim tengkujuh, bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

 ??  ?? WAN Ramzan (kanan) berdoa semoga anaknya berjaya ditemui.
WAN Ramzan (kanan) berdoa semoga anaknya berjaya ditemui.
 ??  ?? MUHAMMAD Fitri meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HUSM Kubang Kerian.
MUHAMMAD Fitri meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HUSM Kubang Kerian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia