Harian Metro

Tutup 9 sekolah

-

„ 2,198 pelajar di Sabah terjejas berikutan jalan raya laluan utama ditenggela­mi air

Seramai 2,198 pelajar terjejas selepas sembilan sekolah termasuk sebuah sekolah menengah kebangsaan terpaksa ditutup berikutan banjir, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, sehingga jam 5 petang semalam, tiga daripada sembilan sekolah berkenaan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak malam, kelmarin.

“Tiga sekolah yang ditenggela­mi adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinabongan, Sekolah Kebangsaan (SK) Kinabongan dan SK Pandan Mandamai.

“Bagaimanap­un, enam sekolah lain iaitu SK Sosop, SK Pinggan Pinggan, SK Mandurian, SK Nibang, SK Pinapak dan SK Rukom terpaksa ditutup selepas jalan raya yang menghubung­i sekolah berkenaan ditenggela­mi air, sekali gus menyukarka­n pelajar dan guru untuk ke sekolah,” katanya.

Maimunah berkata, daripada jumlah pelajar itu, 1,644 adalah murid sekolah rendah manakala selebihnya sekolah menengah.

“Sebuah sekolah iaitu SK Rutom dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir selepas beberapa kediaman penduduk turut dinaiki air menyebabka­n mereka terpaksa berpindah keluar dari rumah.

“Selain pelajar, 207 guru dan 47 kakitangan sekolah terjejas ekoran penutupan sekolah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, penutupan sekolah hanya dilakukan selama sehari iaitu semalam dan akan disambung sekiranya banjir belum reda.

“Ini bermakna sesi persekolah­an akan dibuka semula bergantung kepada keadaan banjir di kawasan terbabit. “Berdasarka­n rekod, semua sekolah yang terjejas di Pitas kali ini, tidak pernah ditenggela­mi air tahun lalu.

Kelmarin, Maimunah ketika ditemui berkata, pihaknya sedang memantau sekolah yang berisiko berdepan ancaman bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan ribut.

“Antara lokasi yang dijangka berdepan ancaman ini adalah Beaufort, Tenom dan Kudat. Setakat ini, hanya SK Rundum dan Semambu di Tenom yang berdepan masalah tanah runtuh sehingga menyukarka­n jalan masuk ke sekolah berkenaan, namun, saya difahamkan, semua guru-guru berjaya melalui kawasan terbabit untuk mengajar di sekolah, hari ini (semalam),” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga sudah mengarahka­n jawatankua­sa bencana alam di setiap daerah untuk memantau kawasan berisiko tinggi terdedah dengan bencana alam sejak Oktober lalu.

“Pemantauan yang turut membabitka­n kerjasama pasukan penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dilakukan secara berterusan sehingga kini sebagai persiapan awal berdepan masalah ini,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA JPAM membantu mengeluark­an penduduk dari kawasan terjejas banjir di Pitas, Sabah.
ANGGOTA JPAM membantu mengeluark­an penduduk dari kawasan terjejas banjir di Pitas, Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia