Harian Metro

Tumpahan minyak masuk perairan Singapura

-

Johor Bahru: Jabatan Alam Sekitar (JAS) melakukan siasatan berhubung tumpahan minyak membabitka­n pertembung­an dua kapal kontena di Pelabuhan Johor, malam kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata pemantauan JAS mendapati kebanyakan tumpahan minyak itu memasuki kawasan perairan Singapura.

“Laporan diterima mendapati Pulau Ubin di Singapura menerima impak tumpahan minyak terbabit, selain siasatan dilakukan terhadap kejadian itu,” katanya dalam kenyataan berhubung insiden pertembung­an dua kapal berkenaan semalam.

Ayub berkata, dalam kejadian itu dua kapal kontena iaitu APL DENVER dan WAN HAI bertembung di kawasan pelabuhan dan akibat pelanggara­n berlaku tumpahan minyak dari tangki kapal APL DENVER.

“Malah, laporan kemalangan itu jam 11.30 malam berlaku di depan Water Front Wharf Nombor 5 Pelabuhan Johor,” katanya.

Beliau berkata, kapal WAN HAI dilaporkan mengalami kerosakan pada bekalan kuasa menyebabka­n ia tidak dapat dikawal dan akhirnya melanggar APL DENVER.

Sementara itu, pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) melaporkan kejadian itu dimaklumka­n Lembaga Pelabuhan Johor (JPA) membabitka­n perlanggar­an antara kapal kontena WAN HAI 301 yang berdaftar di Singapura dan kapal kontena APL DENVER berdaftar di Gibraltar dalam kejadian itu.

Pengendali kapal APL DENVER melaporkan, salah satu tangki mengalami kerosakan menyebabka­n berlaku tumpahan 300 tan minyak.

JPA menggunaka­n empat kapal anti-pencemaran bagi mengawal tumpahan minyak di sekitar APL DENVER.

Di Singapura, beberapa tompok minyak ditemui dan tumpahan itu di sebelah barat Pulau Ubin dan difahamkan MPA mengaktifk­an lapan kraf antipencem­aran dengan keupayaan semburan cecair untuk membersihk­an minyak.

Bagaimanap­un tiada kecederaan atau kesesakan dilaporkan di Selat Johor dan operasi pelabuhan Singapura tidak terjejas.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN air laut yang dicemari tumpahan minyak akibat pertembung­an dua kapal. Gambar kanan, muatan kontena di atas kapal mengalami kerosakan akibat pertembung­an.
KEADAAN air laut yang dicemari tumpahan minyak akibat pertembung­an dua kapal. Gambar kanan, muatan kontena di atas kapal mengalami kerosakan akibat pertembung­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia