Harian Metro

Nelayan terjejas

-

Pasir Gudang: Insiden pertembung­an membabitka­n dua kapal kontena di Pelabuhan Johor malam kelmarin, menjejaska­n mata pencarian nelayan tempatan berikutan terdapat tumpahan minyak di kawasan berkenaan.

Kejadian itu bukan saja dirasai kumpulan nelayan tangkapan, tetapi membabitka­n nelayan ternakan dari enam perkampung­an nelayan di kawasan berkenaan. Antara terjejas membabitka­n penduduk di Kampung Pasir Gudang Baru, Kampung Pasir Puteh, Kampung Asli Pasir Puteh, Kampung Kuala Masai dan Kampung Asli Teluk Kabung.

Pengerusi Nelayan Kawasan Johor Selatan, Azli Mohd Aziz berkata, kejadian tidak diduga itu dimaklumka­n kumpulan nelayan yang turun ke laut pada malam kelmarin dan berlaku di kawasan Pelabuhan Johor.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu pihaknya mengarahka­n kumpulan nelayan menjauhi kawasan itu kerana bimbang tumpahan minyak dari kapal itu akan merosakkan peralatan tangkapan mereka.

“Rata-rata nelayan kecewa dan bimbang peralatan digunakan untuk menangkap ikan di laut rosak dan akibat tumpahan mi- nyak itu,” katanya pada sidang media di Jeti Kampung Pasir Gudang Baru, semalam.

Terdahulu kumpulan media termasuk wartawan dan jurugambar dibawa menaiki sebuah bot untuk meninjau keadaan sebenar di lokasi kejadian bagi melihat sendiri situasi berlaku di kawasan Selat Tebrau Timur.

Sepanjang tinjauan bermula jam 2 petang itu, kelihatan kedua-dua kapal berkenaan sudah dipindahka­n pihak pengurusan pelabuhan itu ke kawasan tempat letak kontena yang juga berhampira­n lokasi kejadian.

Usaha membersihk­an tumpahan minyak turut dilakukan pengurusan pelabuhan termasuk meletak cecair kimia bagi menghilang­kan kesan minyak yang mencemari lokasi kejadian.

 ??  ?? AZLI
AZLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia