Harian Metro

Sayang Nabila

- Mohd Hanafis Abdul Haris hanafis@hmetro.com.my

„ Bapa tiga anak pegang amanah arwah isteri supaya jaga zuriat sebaik mungkin

“Tidak sangka rungutan saya yang tidak tahu memakaikan tudung anak mengundang simpati ramai.

“Sebagai bapa saya cuba buat terbaik, malah pegang amanah arwah isteri supaya jaga ketiga-tiga anak kami sebaik mungkin,” kata Zubayry Abady, 40, berhubung gambar anak perempuann­ya yang menjadi tular di laman sosial sejak semalam.

Gambar mencuit hati, Nabila Zahra Zubayry, 7, yang memakai tudung secara senget menjadi tular selepas Zubayry memuat naik ke dalam akaun Facebook miliknya jam 8.50 pagi semalam.

Dalam status berkenaan, Zubayry menyatakan dia tidak mengetahui cara sebenar memakai tudung berikutan isterinya, Noraiza Che Husin meninggal dunia pada tahun lalu.

Kisah menyayat hati itu menyentuh hati ramai pengguna laman sosial.

Menurut, Zubayry dia tidak menyangka kisah pemakaian tudung anaknya mendapat simpati ramai.

Menurutnya, dia memuat naik gambar terbabit ketika anak perempuann­ya beratur di luar kelas pada sesi pengenalan bersama gurunya di Sekolah Rendah Agama Ibnu Khaldun, Rawang.

“Saya muat naik status itu hanya sekadar berkongsi namun tidak lama kemudian saya mendapat tahu ia tersebar di laman sosial. Malah, sejurus selepas itu juga dihujani ratusan komen dan mesej daripada pengguna Facebook yang tidak henti memberi kata semangat.

“Namun yang membuat saya bertambah sebak, ada antara mereka meminta alamat untuk menghadiah­kan tudung kepada Nabila. Terima kasih semua kerana sayangkan Nabila,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, akibat daripada gambar yang dikongsi ramai itu, anaknya turut menjadi sedikit malu dan enggan bergambar.

“Dia (Nabila) menjadi sedikit malu kerana gurunya turut mengusikny­a dan bergurau dengannya berhubung gambar terbabit ketika di sekolah,” katanya

Ditanya berhubung arwah isterinya, Zubayry berkata, arwah meninggalk­an mereka sekeluarga pada Ogos lalu akibat kanser paru-paru tahap empat.

Menurutnya, kini mereka hanya tinggal tiga beranak termasuk anak lelaki dan anak perempuann­ya masing-masing berusia 10 dan dua tahun.

“Kami anak beranak sempat berbual dengan arwah empat hari sebelum dia meninggalk­an kami selama-lamanya pada Ogos lalu. Tidak banyak yang dia pesan, cuma berharap saya dapat menjaga anak dengan penuh kasih sayang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia