Harian Metro

Lebih seminggu putus bekalan ikan Bengang tuduhan ambil kesempatan

- Norazimah Narudin am@hmetro.com.my

Seberang Jaya: “Lebih seminggu kami terputus bekalan ikan kembung pada Disember lalu dan apabila ada, kami terpaksa menaikkan harganya,” kata seorang peniaga ikan yang mahu dikenali sebagai Man di Pasar Awam Seberang Jaya, di sini.

Menurutnya, dia terpaksa menjual ikan berkenaan dengan harga RM15 sekilogram berbanding sebelum ini hanya RM12 sekilogram.

“Tambahan pula perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir, memang harga ikan dan udang akan meningkat,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Abu Hassan Hussin, 45, berkata, ramai pelanggann­ya mengeluh dengan kenaikan harga itu, tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa.

“Walaupun harga naik, pelanggan tetap membeli, namun dalam kuantiti berkuranga­n. Jika dulu beli sekilo, sekarang mereka beli setengah kilo.

“Peniaga bukan mahu menaikkan harga sesuka hati, tetapi kami juga mengambil ikan dengan harga mahal,” katanya.

Selain ikan dan udang, turut mengalami kenaikan harga ialah sayur-sayuran seperti terung, tomato, kubis, salad dan bendi. Harga ikan lain turut naik seperti ikan tenggiri RM45 berbanding RM38, ikan gelama RM18 berbanding RM15, bawal tambak RM60 berbanding RM55, bawal putih A kini RM55 daripada RM40, bawal hitam RM60 daripada RM50, selayang RM12 daripada RM10, udang laut RM30 berbanding RM24 dan udang bela RM40 berbanding RM36.

Bagaimanap­un, berbeza dengan Pasar Chowrasta, Georgetown, apabila tiada isu kenaikan harga ikan dan sayur, sebaliknya bahan mentah dijual pada harga sama.

Peniaga ikan di Pasar Awam Larkin di sini, tidak puas hati apabila orang ramai menuding jari dan menuduh mereka mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati ketika musim tengkujuh kini.

Seorang peniaga ikan, Samsudin Mahmud, 36, berkata, kenaikan harga ikan di pasaran bukan disebabkan peniaga yang sesuka hati menaikkan harga, sebaliknya kesukaran mendapatka­n bekalan akibat musim tengkujuh.

“Peniaga berusaha mendapatka­n bekalan ikan untuk dijual kepada pengguna setiap hari. Memang ikan susah didapati tetapi kami cuba mendapatka­nnya walaupun dengan harga tinggi.

„ Peniaga tolak dakwaan naikkan harga sesuka hati

“Kami jual harga ikan mahal berbanding biasa sebab membelinya daripada pembekal dengan harga yang mahal. Asasnya apabila permintaan tinggi tapi pengeluara­n kurang maka harga mesti naik.

“Sama juga dengan apa yang berlaku sekarang, bekalan ikan susah sebab nelayan tidak ke laut akibat cuaca buruk, jadi harga ikan naik bukannya kami sesuka hati berbuat demikian,” katanya.

Katanya, sejak musim tengkujuh, peniaga ikan menaikkan harga 30 peratus berbanding sebelum ini.

Harga sekilogram ikan kembung kini RM18 sekilogram berbanding RM14 sebelum ini, bawal hitam dijual RM26 sekilogram berbanding RM24, tenggiri dijual RM38 sekilogram berbanding RM28, jenahak RM36 sekilogram berbanding RM34 sebelum ini, sotong RM26 atau RM28 sekilogram sebelum ini tetapi hari ini dijual RM30.

Menurut Samsudin, berdasarka­n pengalaman­nya, masalah kekurangan bekalan ikan berlarutan sehingga Februari dan pulih selepas musim tengkujuh.

 ??  ?? SAMSUDIN menunjukan ikan yang dijual di gerainya di Pasar Awam Larkin Johor Bahru.
SAMSUDIN menunjukan ikan yang dijual di gerainya di Pasar Awam Larkin Johor Bahru.
 ??  ?? PENIAGA, Hashim Mohd, 41, (kiri) mendakwa harga sayur-sayuran meningkat disebabkan hampir dengan musim perayaan.
PENIAGA, Hashim Mohd, 41, (kiri) mendakwa harga sayur-sayuran meningkat disebabkan hampir dengan musim perayaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia