Harian Metro

Harga tenggiri, kembung, selayang naik harga

-

Kuantan: Harga ikan tenggiri, kembung dan selayang masing-masing menunjukka­n peningkata­n ketara berdasarka­n tinjauan dilakukan di Pasar Besar Kuantan, di sini, semalam, berikutan keadaan cuaca tidak menentu sejak minggu lalu.

Tinjauan mendapati harga ikan tenggiri mencecah sehingga RM40 sekilogram berbanding antara RM34 hingga RM35 sebelum ini diikuti kembung RM16 (RM12) manakala selayang RM7 (RM5).

Seorang peniaga Mat Dahan Dollah, 56, berkata, musim tengkujuh yang melanda Pantai Timur khususnya Pahang turut memberikan impak dari segi bekalan ikan berikutan berlaku kekurangan sedangkan permintaan tinggi.

“Apabila berlaku kekurangan bekalan, harga ikan dibekalkan pemborong naik. Justeru, harga ikan yang dijual peniaga mengalami sedikit peningkata­n berbanding sebelum musim tengkujuh,” katanya.

Suri rumah, Hamizah Samsuddin, 45, berkata, dia yang sering ke Pasar Besar Kuantan sudah menjangka berlaku kenaikan harga barangan terutama ikan dan sayur-sayuran disebabkan musim tengkujuh.

“Saya sempat bertanya kepada peniaga ikan dan mereka mendakwa kenaikan itu disebabkan nelayan tidak ke laut sepanjang musim tengkujuh.

“Begitu juga harga sayur seperti kacang panjang dan lada merah yang naik mendadak disebabkan faktor cuaca ketika ini,” katanya.

Sabak Bernam: Biarpun daerah ini membekalka­n hasil tangkapan ikan tertinggi di Selangor, namun harga beberapa jenis ikan di Pasar Awam Sungai Besar di sini, meningkat antara RM1 hingga RM3 sekilogram sejak dua minggu lalu.

Rata-rata peniaga dan pembeli mendakwa kenaikan harga ikan itu berpunca kekurangan bekalan bahan mentah itu selain faktor kenaikan harga bahan api.

Peniaga, Chia See Hea, 41,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia