Harian Metro

Seludup 846.2kg gading gajah

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

„ Muatan diletakkan dalam 17 kotak tiba di KLIA menerusi penerbanga­n Turkish Airline

Gading gajah seberat 846.2 kilogram (kg) dianggarka­n bernilai RM7.23 juta yang diseludup masuk menerusi kargo udara berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Ahad lalu.

Semua gading gajah berkenaan diletakkan di dalam 17 kotak yang tiba di KLIA menerusi penerbanga­n Turkish Airline dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kinshasa, Republik Demokratik Kongo dan transit di Lapangan Terbang Atartuk, Istanbul Turki.

Pengarah Kastam KLIA, Datuk Hamzah Sundang berkata, hasil maklumat yang diterima daripada orang ramai, pihaknya menghantar satu pasukan penguatkua­saan untuk membuat pemeriksaa­n di Gudang Kargo Udara, Zon Perdaganga­n Bebas KLIA Ahad lalu.

Berikutan itu, pihaknya merampas 17 bungkusan kargo udara selepas pemeriksaa­n lanjut mendapati kotak berkenaan disyaki membawa barangan larangan import.

“Siasatan awal mendapati kotak itu mengandung­i 846.2kg atau 254 unit gading gajah. Bagaimanap­un, maklumat yang dicatatkan pada surat muatan udara memaklumka­n isi kandungan kotak terbabit adalah sampel kayu.

“Malah, alamat yang digunakan juga adalah palsu dan tidak wujud. Difahamkan gading gajah berkenaan memang dihantar ke negara ini dan bukan menjadikan Malaysia sebagai transit seperti kes terdahulu,” katanya dalam sidang media di Kompleks Kastam KLIA, semalam.

Selain itu, Hamzah berkata, pihaknya juga sudah melakukan siasatan di Cheras, Kuala Lumpur iaitu lokasi alamat yang ditulis di kotak terbabit, namun tiada tangkapan dibuat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135(1) (a) Akta Kastam 1976 iaitu mengimport barang larangan.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda minimum 10 kali nilai atau dipenjarak­an 20 kali ganda daripada nilai barangan yang disita atau dipenjarak­an tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu sembilan kes penyeludup­an gading gajah ditumpaska­n dengan nilai rampasan RM10.9 juta atau seberat 1 tan.

Katanya, gading gajah adalah barang larangan import mengikut Jadual Tiga Akta Perdaganga­n Antarabang­sa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) kecuali dengan permit.

Pada masa sama, katanya, ia juga disenaraik­an sebagai barang yang dilarang import mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012, Butiran 1, Jadual Tiga Bahagian III kecuali dengan permit import daripada Jabatan Perhilitan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

 ??  ?? HAMZAH (tengah) menunjukka­n gading gajah sebanyak 846.2kg yang dirampas di KLIA.
HAMZAH (tengah) menunjukka­n gading gajah sebanyak 846.2kg yang dirampas di KLIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia