Harian Metro

2 beranak tetak lelaki akibat masalah hutang

-

Sungai Petani: Anak beranak samseng apabila tergamak menetak seorang lelaki dengan parang hanya kerana perselisih­an faham berkaitan hutang di sebuah kedai kopi di Jalan Bakar Sampah menyebabka­n mangsa terlantar di hospital swasta selama empat hari.

Mangsa berusia 28 tahun yang cedera di kaki kanan menerima beberapa jahitan serta lebam di badan akibat diserang dengan parang oleh dua lelaki dikenaliny­a. Mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani, Ahad lalu untuk tindakan selanjutny­a kerana diugut dicederaka­n sekali lagi.

Menceritak­an semula kejadian itu, sumber berkata, dalam kejadian jam 10.50 malam 29 Disember lalu, mangsa bertemu dengan seorang lelaki, 20-an bersama bapanya, 50-an di sebuah kedai kopi untuk berbincang mengenai pembayaran semula hutang dibuat suspek yang berhutang dengan rakan mangsa.

Bagaimanap­un, ketika perbincang­an itu berlaku perselisih­an faham sebelum bapa suspek keluar dari kedai menuju ke kereta.

“Pada masa sama mangsa cuba mengekorin­ya namun dipukul oleh anaknya dengan kerusi menyebabka­n dia terjatuh.

“Tidak cukup dengan itu, bapa lelaki terbabit kemudian datang dengan membawa parang sebelum terus menetak kaki kanannya menyebabka­n dia mengerang kesakitan,” katanya.

Sumber berkata, selepas membelasah mangsa, suspek kemudian terus melarikan diri sementara mangsa kemudian dihantar orang ramai ke hospital untuk menerima rawatan.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kuala Lumpur: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh membuat laporan polis terhadap Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan ekoran artikel memfitnah beliau dan Ketua Polis Negara.

Artikel bertajuk ‘Fight For Injustice Everywhere’ yang ditulis Sanjeevan itu antara lain menuduh Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Mohmad terbabit dengan sindiket judi ekor didalangi individu dikenali Datuk Sri Peter.

Sumber berkata, Mohmad terbaca artikel yang diterbitka­n di laman sosial Facebook kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

“Selepas membaca artikel berkenaan, Mohmad mendapati penulis mengaitkan beliau dan Ketua Polis Negara dengan seseorang yang didakwa sebagai operator kegiatan judi ekor.

“Artikel itu memberi gambaran bahawa Mohmad dan Khalid melindungi kegiatan judi ekor yang dijalankan Peter selain mengaitkan kenaikan pangkat Mohmad ke jawatan sekarang adalah bagi memudahkan kegiatan haram itu beroperasi,” katanya.

Tinjauan Harian Metro ke laman Facebook berkenaan mendapati antara isi kandungan artikel berkenaan berbunyi, ‘Apakah benar wujudnya hubungan yang amat akrab dan baik antara Khalid Abu Bakar dan Datuk Sri Peter ini sejak Khalid memegang jawatan Ketua Polis Negeri Sembilan pada tahun 2005 kerana mereka berasal dari kawasan yang sama iaitu Mantin dan Nilai.

“Peter juga dikatakan sangat rapat dengan Pengarah JSJ PDRM Mohmad Salleh yang pernah berkhidmat di IPK Negeri Sembilan dan Peter telah meminta Khalid agar menaikkan pangkat Mohmad Salleh kepada Ketua Polis Kuala Lumpur dan seterusnya Pengarah JSJ PDRM?,” katanya.

 ??  ?? ARTIKEL yang diterbitka­n Sanjeevan.
ARTIKEL yang diterbitka­n Sanjeevan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia