Harian Metro

Peraturan baharu kesejahter­aan rakyat

- Noor Mohamad Shakil Hameed

Memasuki tahun baharu 2017, rakyat negara ini perlu bersiap sedia menghadapi beberapa penguatkua­saan undang-undang dan peraturan baharu yang diumumkan oleh pihak berkuasa sebelum ini. Apa yang pasti ada peraturan diperkenal­kan selepas pelbagai kajian dilaksanak­an dan ada pula yang diputuskan susulan daripada beberapa insiden yang berlaku sepanjang tahun 2016.

Antara peraturan yang dilihat memberi kesan langsung kepada aspek penjagaan dan pemulihara­an alam sekitar ialah larangan penggunaan polistiren­a di semua premis makanan dan kafe di ibu negara, Putrajaya dan Labuan serta Melaka. Sudah pasti larangan ini bakal memberi sumbangan bermakna untuk kita terus melindungi bumi daripada pelbagai pencemaran. Malah larangan ini dilihat tambahan kepada peraturan hari tanpa beg plastik yang turut dipanjangk­an kepada tujuh hari seminggu berbanding hari sabtu sahaja sebelum ini di beberapa negeri. Jadi kita harap peniaga dan orang ramai akan memberi kerjasama yang jitu bagi menjayakan usaha murni menjaga alam sekitar ini.

Isu kemalangan dan keselamata­n di jalan raya juga terus mendapat perhatian pada tahun baharu. Sehingga hujung Disember yang lalu kita terus dikejutkan dengan kemalangan jalan raya berskala besar misalnya melibatkan bas yang mengorbank­an 14 nyawa di Pagoh yang dilaporkan berpunca daripada pemanduan yang melebihi had laju. Justeru mulai tahun ini, semua bas ekspres dan persiaran baharu diwajibkan memasang alat pengehad kelajuan yang dilihat mampu mengawal dan 'memberi amaran' secara automatik kepada pemandu andai cuba untuk memandu melebihi had yang ditetapkan. Sebagai usaha tambahan untuk mengurangk­an kadar kemalangan, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) pula akan menguatkua­sakan penggunaan pemantul cahaya pada semua kenderaan perdaganga­n. Di samping itu, bagi mendidik pemandu yang terus degil di atas jalan raya pihak bekuasa juga akan melaksanak­an Sistem Keselamata­n Kesedaran Automatik (AWAS), gabungan Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA). Di harap semua inisiatif baharu ini dapat mengurangk­an kadar kemalangan maut, menyelamat­kan nayawa yang tidak berdosa serta mencegah jalan raya terus bermandi marah di negara ini.

Isu penipuan pakej umrah turut bakal ditangani sebaik mungkin pada tahun ini. Mutakhir ini hampir setiap hari kita didedahkan kes penipuan umrah sama ada jemaah kita terkandas di Mekkah kerana masalah penerbanga­n balik ataupun terkandas di KLIA apabila ejen umrah yang menjanjika­n tiket dan menyusun jadual penerba- ngan tidak muncul. Jelas bilangan mereka yang ditipu terus meningkat kepada 3,714 jemaah sejak empat tahun kebelakang­an ini. Untuk itu kerajaan mulai tahun ini memutuskan agar agensi yang mengendali­kan umrah perlu mendapatka­n lesen khas yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan. Dengan langkah ini kita harap kes penipuan umrah tidak lagi berlaku di negara kita secara berleluasa seperti sekarang.

Beberapa keputusan dan peraturan membabitka­n pekerja asing juga bakal mengambil tempat mulai tahun ini. Antaranya Indonesia bakal menghentik­an sepenuhnya pembekalan amah ke luar negara, termasuk Malaysia. Walaupun ia membabitka­n keputusan yang dibuat oleh kerajaan negara mereka, masyarakat kita yang banyak bergantung harap kepada amah Indonesia perlu menyesuaik­an diri dengan peraturan baharu ini dan wajar beralih penggantun­gan kepada sama ada rakyat tempatan ataupun amah dari negara jiran lain. Dalam konteks ini, penulis melihat sudah tiba masanya rakyat tempatan mengambil alih kerja amah sebagai pengurus rumah tangga dengan skim gaji yang lebih kompetitif di samping mungkin kita boleh memberi peluang kehidupan kedua kepada amah dari kalangan rakyat Rohingya yang sedang menderita dan dizalimi. Dalam pada itu, mulai tahun ini juga majikan bertanggun­gjawab sepenuhnya membayar levi pekerja asing dan tidak dibenarkan membuat potongan gaji pekerja bagi menampung pembayaran levi tersebut. Langkah ini diyakini dapat meletakkan majikan lebih bertanggun­gjawab menjaga pekerja mereka, sekali gus mengelakka­n isu pekerja asing lari, bertukar sektor secara haram, tinggal lebih masa dan menjadi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Dunia pendidikan juga bakal melalui transforma­si dan zaman peralihan demi masa depan yang lebih cemerlang. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula akan berkuat kuasa mulai tahun ini. Secara ringkasnya kurikulum ini memberi penekanan kepada pengajaran berpusatka­n murid dan pengajaran dibezakan di samping memberi lebih penekanan kepada penyelesai­an masalah, tugasan berasaskan projek, memperkema­s mata pelajaran atau tema dan melaksana pentaksira­n formatif.

Dalam pada itu, beberapa peraturan baharu yang lain juga dilihat bakal memberi kebaikan dan meringanka­n beban pengguna, sekali gus menjaga kebajikan rakyat. Antaranya pemberian rebat ke atas penggunaan elektrik berjumlah 1.25 sen per jam (kWh) bagi semua pengguna susulan penurunan harga kos bahan api dan janakuasa yang lebih rendah sehingga 30 Jun. Manakala caj perkhidmat­an penumpang (PSC) pula dikurangka­n daripada RM65 kepada RM35 untuk setiap penumpang dalam penerbanga­n ke mana-mana destinasi ASEAN dari semua lapangan terbang utama di Malaysia. Sementara itu, pindaan Akta Kebankrapa­n 1967 pula akan memudah dan membolehka­n mereka yang diisytihar bankrap kembali aktif dalam perniagaan terutamany­a penjamin sosial yang selama ini menderita dan menjadi mangsa keadaan.

Kakitangan awam juga bakal menikmati faedah tambahan pada tahun ini apabila mereka dibenarkan memohon cuti tanpa rekod sehingga lima hari jika anak-anak mereka menghidap penyakit berjangkit seperti demam dengi berdarah atau campak dan perlu dikuaranti­n. Ini pasti melegakan kakitangan awam dalam

kalangan kaum ibu yang selama ini sama ada terpaksa ambil cuti rehat atau cuti tanpa gaji untuk menjaga anak mereka.

Secara umumnya, pelbagai insiden yang berlaku selama ini membawa kepada keperluan untuk kita memperkena­lkan beberapa peraturan, penguatkua­saan mahupun kemudahan demi kebaikan bersama. Penulis percaya pihak berkuasa sudah menilai dan meneliti segala aspek dan baik buruk sebelum memperkena­lkan peraturan baharu tersebut.

Justeru, bagi memperoleh manfaat yang dihasratka­n melalui peraturan baharu ini, semua pihak yang terlibat perlu memastikan peraturan dikuatkuas­akan dengan baik dan masyarakat pula menghayati dan mematuhi semua penguatkua­saan tersebut. Semoga dengan adanya peraturan baharu ini kehidupan rakyat kita akan lebih sejahtera, aman, makmur dan selamat. Selamat menyambut tahun baharu 2017. Penulis Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM

 ??  ?? SETIAUSAHA Majlis Bandaraya Alor Setar,
Hakim Ariff Md Noor (tengah) mengoyakka­n bekas polisterin­a tanda simbolik perasmian Majlis
Pelancaran Kempen Penguranga­n Penggunaan Polisterin anjuran Majlis
Bandaraya Alor Setar. SISTEM Keselamata­n Kesedaran...
SETIAUSAHA Majlis Bandaraya Alor Setar, Hakim Ariff Md Noor (tengah) mengoyakka­n bekas polisterin­a tanda simbolik perasmian Majlis Pelancaran Kempen Penguranga­n Penggunaan Polisterin anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar. SISTEM Keselamata­n Kesedaran...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia