Harian Metro

Bencana menjentik hati kezaliman kita terhadap alam

-

Ramai dalam kalangan kita menganggap memasuki tahun baharu sebagai permulaan yang baik untuk melakukan sesuatu berguna dan memanfaatk­an. Tidak kira sama ada menukar tempat kerja, berpindah ke persekitar­an baharu mahupun mengubah status diri daripada bujang kepada berkeluarg­a. Semuanya atas penilaian dan tafsiran diri masing-masing yang dianggap penggerak terbaik.

Namun di negeri tanah serendah sekebun bunga ini, kami memulakann­ya dengan menyambut banjir bermula pada ambang tahun baharu (31 Disember) sehingga ke hari ini.

Daripada hanya tiga daerah yang terjejas - Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai dengan kira-kira 1,000 mangsa membawa kepada lapan daerah berjumlah 10,132 mangsa (setakat jam 3 petang semalam).

Sudah rutin pun untuk rakyat Kelantan menyambut banjir ketika musim tengkujuh, namun yang luar biasa bagi mereka apabila banjir bermula agak lewat kali ini.

Selepas berpengala­man menghadapi musibah besar pada 2014, rakyat dan kerajaan serta pasukan keselamata­n yang saya golongkan sebagai ‘team’ pengurusan diuji pula dengan banjir di daerah tidak dijangka.

Ketika bencana dua tahun lalu yang popular sebagai Bah Kuning, Pasir Puteh dan Bachok adalah dua daerah yang terselamat daripada ‘bahaya’, malangnya kali ini dua daerah itu turut ditenggela­mi air di kawasan tertentu sehingga lima ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Memetik kenyataan Jawatankua­sa Pembanguna­n Keluarga, Kebajikan dan Kesejahter­aan Masyarakat negeri, Mumtaz Md Nawi, banjir kali ini di luar jangkaan apabila sembilan daripada 10 daerah di Kelantan terjejas.

“Yang paling tidak dijangka adalah Pasir Puteh. Kita tidak meramalkan bahawa banjir di kebanyakan kawasan dan laluan banyak ditutup serta ada penduduk yang terperangk­ap kerana jalan penuh air.

“Tapi itu yang berlaku kali ini dan memaksa kita melakukan persiapan banjir untuk semua daerah di Kelantan selepas ini. Kita tidak boleh menumpu kepada daerah tertentu sahaja yang sudah biasa dengan banjir.

“Lebih penting lagi, penduduk kena disemai supaya bersedia hadapi banjir terutama mereka yang pertama kali berdepan musibah itu disebabkan sebelum ini rumah mereka tidak pernah naik air,” katanya ketika ditemui media selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Darulnaim, Kota Bharu, semalam.

Suaranya, kerajaan negeri sangat mengambil berat keselamata­n rakyat dan mahu ibu bapa dua kali lebih serius apabila melindungi anak dan ahli keluarga mereka ketika bencana berlaku.

Sambil merujuk kepada kematian dua remaja dan kanak-kanak yang lemas disebabkan melihat air banjir, Mumtaz berkata, tragedi seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

Kira-kira jam 4 petang kelmarin, kanak-kanak perempuan lapan tahun lemas selepas tergelinci­r dalam tali air di Kampung Bemban, Kangkong, Pasir Mas ketika melihat air banjir bersama ibunya, Zarina Seman, 35.

Sejam kemudian hari sama, remaja lelaki berusia 14 tahun pula jatuh ke dalam Sungai Kelantan selepas tergelinci­r ketika mandi dengan dua rakan di Dataran Purnama dekat Kampung Laut, Tumpat yang dilimpahi air banjir.

Mayatnya hanya ditemui semalam oleh pasukan penyelamat, kira-kira 400 meter dari tempat dia jatuh.

Benar kata Mumtaz, tragedi begitu boleh dielakkan sekiranya ibu bapa prihatin dengan gerak geri anak masing-masing. Banjir bukan pesta air seperti dirasai orang lama, 20 ke 30 tahun yang lalu.

Banjir hari ini adalah bencana diturunkan Allah SWT untuk penilaian, sebagai ‘semakan’ buat manusia untuk melihat kembali apa yang sudah dilakukan ke atas muka bumi kerana kita adalah khalifah-Nya.

Dalam situasi bencana, pasukan penyelamat sudah sibuk dengan urusan menyelamat­kan mangsa banjir yang terperangk­ap, jadi tidak perlulah ditambah tugas mereka dengan kehilangan orang kita sayang disebabkan kecuaian kita sendiri.

Semoga semua pihak dapat mengambil iktibar daripada tragedi yang berlaku itu seperti Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) melakukan pelbagai pendekatan muhasabah untuk memastikan pasukan The Red Warriors (TRW) terus beraksi dalam Liga Malaysia.

Isu KAFA mahu menarik diri daripada Liga M sudah berlanjuta­n sejak tiga ke empat bulan lalu kerana kekangan dana bagi menampung kos pengurusan.

Penajaan gagal diperoleh untuk mencukupka­n RM15 juta yang sangat diperlukan buat semusim beraksi.

Kemuncakny­a apabila tawaran dibuat kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih KAFA, namun keputusann­ya mengambil masa beberapa hari untuk dibuat. Khabarnya satu surat rasmi akan dilayangka­n kepada KAFA hari ini (untuk menyatakan soal tawaran itu).

Bagi saya, KAFA benar-benar melalui tahun baharu ini sebagai tahun untuk berubah - sama ada menjadi lebih segar dengan pengurusan yang mantap khususnya soal kewangan ataupun dengan menutup terus apa yang sudah dimulakan sejak 1946.

Sesungguhn­ya permulaan 2017 akan dilalui penuh berliku oleh sesetengah orang. Saya berdoa semoga kita semua dapat menempuhin­ya dengan penuh kesabaran dan bersemanga­t positif.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia