Harian Metro

Batasan taatkan suami

- Penulis ialah peguam syarie

„ Isteri mohon bercerai kerana dizalimi pasangan bukan nusyuz

Saya berkahwin pada usia agak lewat iaitu dengan seorang pemuda yang saya tidak mengetahui latar belakangny­a secara lebih lanjut.

Namun, selepas tinggal sebumbung barulah saya tahu yang dia adalah seorang penagih. Dia juga selalu memukul saya.

Saya sudah tidak sanggup lagi tinggal bersamanya. Adakah saya dikira nusyuz sekiranya memohon cerai?

Apa yang perlu saya lakukan?

Kecewa Selangor

Firman Allah dalam al-Quran bermaksud:

“Dan perempuanp­erempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz), hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanla­h mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarny­a).

“Kemudian, jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencaricar­i jalan untuk menyusahka­n mereka. Sesungguhn­ya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah an-Nisa, ayat 34)

Ini adalah antara peruntukan dalam al-Quran yang menyebut secara khusus mengenai nusyuz atau isteri yang derhaka.

Mengikut pengertian dari segi syarak, nusyuz bermaksud tidak taat, menentang khususnya kepada perintah suami yang tidak bertentang­an dengan hukum syarak.

Perlu dilihat tindakan yang membawa seseorang itu nusyuz. Adakah dengan meminta cerai akibat tidak mampu lagi bertahan dengan kezaliman yang berpunca daripada tindakan suami dikira tindakan sebagai isteri derhaka?

Islam menggarisk­an hak dan tanggungja­wab suami kepada isteri. Begitu juga hak dan tanggungja­wab isteri kepada suami.

Maka, garis panduan inilah yang diambil kira dalam menentukan sama ada seorang isteri itu menjadi nusyuz iaitu apabila isteri tidak lagi taat serta enggan menunaikan hak suaminya dan tanggungja­wabnya kepada suami.

Lebih khusus lagi hendaklah hak dan tanggungja­wab diperintah­kan oleh suaminya itu tidak bertentang­an dengan hukum syarak.

Amat berbeza dengan situasi hasrat isteri yang ingin bercerai akibat perbuatan suaminya yang memukul isteri serta tindakan zalim yang lain. Ia sama sekali tidak menyentuh hak dan tanggungja­wab isteri kepada suami, malah menyentuh hak dan tanggungja­wab suami kepada isteri.

Bukanlah hak isteri itu dizalimi dan dipukul suaminya. Sepatutnya hak isteri itu bagi mendapatka­n kasih sayang dan layanan lembut daripada seorang suami sebagaiman­a yang diajarkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW kepada isteri-isteri Baginda.

Justeru, jika berlaku sedemikian iaitu apabila isteri dizalimi, maka isteri diberi peluang untuk membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya demi kebajikan dan keselamata­nnya sama ada bertahan dengan tindakan daripada pihak suami atau mengadu kepada mahkamah syariah.

Permohonan cerai boleh difailkan ke mahkamah syariah sama ada secara fasakh atau cerai dengan lafaz talak daripada pihak suami.

Tiada istilah nusyuz sekiranya isteri memohon cerai secara lafaz talak mahupun fasakh melainkan pihak suami itu sendiri dapat membuktika­n berlakunya nusyuz di pihak isteri.

Peruntukan undangunda­ng membenarka­n seorang isteri diberi hak untuk menuntut fasakh atas sebab dizalimi sebagaiman­a terdapat di bawah seksyen

53 (1).

Menurut seksyen itu, seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut hukum syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarka­n perkahwina­n atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan (yang dinyatakan di bawah seksyen berkenaan) antaranya:

Suami atau isteri menganiaya isteri atau suaminya iaitu antara lain lazim menyakiti atau menjadikan kehidupann­ya menderita disebabkan kelakuan aniaya itu.

Dicadangka­n agar pihak isteri bersedia dengan alasan yang termasuk dalam peruntukan berkenaan lengkap dengan bukti berkaitan serta keterangan bakal saksi.

Hal ini kerana beban membuktika­n dakwaan diri puan dianiaya akibat tindakan suami yang menagih dan memukul itu adalah ketika tuntutan fasakh didengar di mahkamah.

Sebarang kemusykila­n sila e-melkan kepada: rencana@hmetro.com.my

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia