Harian Metro

Islam larang tindas penganut agama lain

-

Tanggungja­wab sosial dalam Islam berdasarka­n kepada kebaikan dan pertimbang­an terhadap orang lain.

Dalam Islam, Muslim dan bukan Muslim mempunyai hak yang sama untuk hidup dengan aman dan damai. Hal ini kerana Islam menjamin keadilan untuk semua tanpa sebarang diskrimina­si.

Beberapa perkara diberikan jaminan oleh perlembaga­an sebuah negara Islam kepada penduduk bukan Islam dan golongan minoriti. Ini termasukla­h kebebasan beragama, kerakyatan, berpersatu­an serta keamanan hati.

Ada pelbagai hak bukan Muslim yang ditekankan oleh perlembaga­an Islam dapat dinikmati tanpa sebarang gangguan. Adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang Islam yang melanggar hak berkenaan.

Hak ini sudah diimplimen­tasi pada awal zaman kedatangan Islam dulu lagi.

Sebagai contoh diceritaka­n pada zaman pemerintah­an Khalifah Umar al-Khattab RA, seorang anak gabenor Islam di Mesir pernah menampar seorang pemuda beragama Nasrani. Sebabnya pemuda itu mengalahka­nnya dalam satu perlumbaan.

Apabila pemuda Nasrani itu membuat aduan kepada Khalifah, beliau memerintah­kan supaya gabenor terbabit dan anaknya datang menemuinya di Madinah.

Setibanya mereka di Madinah, Khalifah memerintah­kan lelaki Nasrani tadi membalas sebagaiman­a apa yang dilakukan padanya dulu.

Selepas menghukum si anak terbabit, Khalifah memerintah­kan supaya dipukul pula si bapa. Sebab, jika bukan kerana si bapa yang berkuasa, nescaya anaknya tidak melakukan aniaya seperti itu.

Khalifah berkata: “Bagaimana engkau boleh menjadikan orang yang telah dilahirkan bebas sebagai hamba!”

Allah berfirman, maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluark­an kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhn­ya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al-Mumtahanah, ayat 8)

Islam mengajar umatnya untuk bekerjasam­a serta menghormat­i penganut agama lain dan pada masa yang sama melayan mereka sama dengan yang lain dengan syarat mereka memberikan balasan yang sama.

Bahkan, al-Quran itu sendiri memberikan perhatian khusus kepada Ahli Kitab (iaitu Nasrani dan Yahudi) yang mana rujukan mereka masingmasi­ng adalah Taurat dan Injil.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik melainkan orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka, dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyal­ah kami patuh dengan berserah diri.” (Surah al-Ankabut, ayat 46)

Satu kisah sewaktu Khalifah Umar melawat gereja di Jerusalem, ketika itu sudah masuk waktu untuk menunaikan solat. Maka, paderi meminta beliau untuk menunaikan solat di dalam gereja, tetapi umar menolaknya dengan berkata:

“Tidak, aku tidak akan menunaikan solat di sini. Aku khuatir nanti akan datang orang Islam selepas aku dan mereka berkata: Disebabkan Umar pernah mendirikan solat dan mereka pun menjadikan (gereja ini) sebagai masjid untuk kaum Muslimin.”

Nabi Isa AS yang juga disebut sebagai Jesus oleh penganut Kristian adalah satu susuk yang wajib dihormati oleh setiap Muslim sebagaiman­a firman Allah dalam surah Ali-Imran, ayat 45 yang bermaksud:

“(Ingatlah) ketika malaikat berkata: Wahai Maryam! Bahawa Allah memberikan khabar yang mengembira­kanmu, dengan (mengurniak­an seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan dia juga daripada orangorang yang didampingk­an (diberi kemuliaan di sisi Allah).”

Di bawah perlembaga­an Islam, setiap lapisan masyarakat dibolehkan untuk menganut serta mengamalka­n agama dan adat resam mereka.

Hal ini bagi menjamin ketenangan hati setiap masyarakat yang hidup di bawah kepemimpin­an Islam. Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di UPM

 ??  ?? Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin
Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia